Tuesday, 18 September 2012



Bab 3
Sarawak Di Bawah Pemerintahan Brooke ( 1841—1941 )          

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bab ini,
anda seharusnya dapat:
  • Menerangkan bagaimana Sarawak diserahkan kepada James Brooke.
  • Menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil wilayah kesultanan Brunei.
  • Menyenaraikan perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pemerintahan Brooke.
  • Mengambil iktibar dan berasa bangga dengan sumber ekonomi negara kita yang menarik kedatangan kuasa barat.
Ringkasan

Bab ini menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil dan memerintah Sarawak. Kekayaan Sarawak menjadi pendorong kepada James
Brooke untuk mengambil Sarawak. Pada tahun 1839, Sarawak yang dimaksudkan dengan kawasan di sekitar Kuching, adalah wilayah kesultanan Brunei. Ia berada di bawah kawalan Pangeran Mahkota. Sarawak menjadi bertambah penting kerana perniagaan antimoni yang dilombong di Bau. Perniagaan kawasan ini dengan Singapura amat maju. Pemerintahan Pengeran Mahkota yang kejam mencetuskan pemberontakan. Raja Muda Hashim dari Brunei meminta bantuan daripada Brooke; dan pemberontakan tersebut dapat ditumpaskan. Kesultanan Brunei yang lemah, dan kekuatan persenjataan Inggeris, membolehkan James Brooke mendapat apa yang dikehendaki, iaitu menjadi Raja Sarawak. Keluarga Brooke meluaskan kuasa dengan mengambil wilayah Brunei yang lain. Pemerintahan keluarga Brooke telah membawa beberapa perubahan kepada sektor ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun perubahan yang diadakan itu adalah terhad dan lebih menguntungkan pihak luar terutamanya British.

http://members.tripod.com/xfile_my/bab3_files/image003.gif
Negeri Sarawak pada tahun 1840

Pengenalan
Sarawak ialah sebuah negeri di Malaysia Timur yang juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Sarawak juga merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kebudayaan pelbagai etnik bumiputera. Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16. Kerajaan Brunei tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran di Sarawak. Pembesar-pembesar Melayu tempatan dilantik mentadbir Sarawak. Pada 1827, Pangeran Mahkota dilantik memerintah Sarawak oleh Sultan Brunei. Perlantikan ini menyebabkan pentadbiran pembesar-pembesar Melayu tempatan berakhir.
http://members.tripod.com/xfile_my/bab3_files/image004.gif
Negeri Sarawak sekarang

Tujuan Sultan Brunei adalah mahu menguasai ekonomi Sarawak yang semakin berkembang akibat pengeluaran antimoni dan emas. Kedua-dua sumber ekonomi itu dieksport ke Singapura. Perdagangan kedua-dua sumber ekonomi itu membawa keuntungan yang banyak kepada pembesar-pembesar Melayu tempatan.

Pemberontakan di Sarawak (1836 - 1841)
Pembesar-pembesar Melayu Sarawak dan orang Dayak menentang pemerintahan Pangeran Mahkota. Mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya kerana baginda mengambil alih semua tugas pentadbiran dan kekuasaan pembesar- pembesar Melayu Sarawak. Pangeran Mahkota juga menguasai pengeluaran dan perdagangan antimoni dan emas. Baginda memaksa orang Bidayuh bekerja di lombong-lombong antimoni tanpa upah. Beliau memaksa orang Bidayuh membeli barangan daripadanya dengan harga yang tinggi dan menjadikan anak isteri orang Bidayuh hamba abdi apabila hutang tidak dapat dijelaskan. Akibatnya telah meletus satu pemberontakan. Pemberontakan ini telah dipimpin oleh seorang pembesar Melayu Sarawak, Datu Patinggi Ali.Pemberontakan ini gagal ditumpaskan oleh Pangeran Mahkota. Pada 1837, Pangeran Muda Hashim dihantar oleh Sultan Brunei bagi memulihkan keadaan di Sarawak tetapi gagal. Pada tahun 1939, James Brooke iaitu seorang pengembara British sampai ke Sarawak dengan kapalnya Royalist. James telah dijanjikan jawatan Gabenor Sarawak sekiranya dapat mengamankan Sarawak. Beliau dan angkatan tenteranya berjaya menamatkan pemberontakan tersebut pada 1841. Sarawak kembali aman pada 24 November 1841 dan James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak seperti yang dijanjikan. Beliau diberi kuasa menjalankan pentadbiran di Sarawak sebagai wakil Sultan Brunei.
            Perlantikannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 1842. James Brooke bersetuju membayar ufti tahunan sebanyak $2,500 kepada Sultan Brunei. Melalui perjanjian tersebut, James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1846, Sarawak diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Brunei. Wilayah Sarawak tersebut meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong.
Peluasan Kuasa Keluarga Brookedi Sarawak

Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke berusaha untuk menjadi pemerintah Sarawak yang merdeka. Beliau meminta bantuan angkatan laut
British untuk mengukuhkan kedudukannya. Beberapa petempatan orang Iban dan Melayu yang dianggap berbahaya dimusnahkannya. Pangeran Mahkota dipaksa keluar dari Sarawak. Pangeran Muda Hashim pula dihantar balik ke Brunei. Akibatnya pada 1846, Sultan Brunei atas hasutan pembesar-pembesar istana cuba menghapuskan James Brooke. Sultan Brunei terpaksa mengakui James Brooke sebagai pemerintah Sarawak yang merdeka. Baginda juga menyerahkan Pulau Labuan kepada James Brookeyang  merupakan pengasas pemerintahan Raja Putih di Sarawak. Beliau digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke (1868-1917). Raja Brooke terakhir ialah Vyner Brooke (1917-1946).

Pentadbiran Charles Brooke
Charles Brooke ialah anak saudara James Brooke. Beliau mengambil alih pentadbiran Sarawak pada 1868. Beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran. Di bawah pentadbiran Charles Brooke, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian. Seorang Residen mengetuai setiap bahagian. Mereka bertanggungjawab secara langsung kepada Raja Sarawak. Residen dibantu oleh seorang pegawai tempatan (Pegawai Anak Negeri). Pegawai Anak Negeri ini berasal dari keluarga pembesar tempatan dan bertanggungjawab menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan. Perluasan wilayah Sarawak juga berlaku semasa pentadbiran Charles Brooke. Wilayah Sarawak diperluaskan ke kawasan-kawasan Sungai Baram, Trusan, Limbang dan Lawas. Charles Brooke menggalakkan penanaman lada hitam, gambir, sagu dan getah serta perlombongan antimoni, emas dan arang batu. Beliau juga berjaya menamatkan amalan perhambaan dan pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi. Tindakannya ditentang oleh orang Dayak, namun Charles Brooke berjaya mematahkannya.
Pentadbiran Charles Vyner Brooke
Charles Vyner Brooke menggantikan Charles Brooke. Beliau merupakan Raja Sarawak yang ketiga dan terakhir serta tidak begitu berminat memerintah Sarawak. Sewaktu berada di England, beliau menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada pegawai-pegawainya dan pembesar-pembesar tempatan. Pada 24 September 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran Brooke di Sarawak, Charles Vyner Brooke memperkenalkan sebuah perlembagaan bagi Sarawak. Charles Vyner Brooke ingin mengubah sistem kerajaan Sarawak dengan memberi penduduk tempatan kuasa yang lebih dalam pemerintahan negeri. Sebelum perlembagaan ini diperkenalkan, raja-raja Sarawak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal undang-undang dan mengawal kerajaan. Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi. Majlis Negeri (Majlis Perundangan) boleh membuat undang-undang bagi menjamin keselamatan dan kestabip>

http://members.tripod.com/xfile_my/bab3_files/image003.gif
Negeri Sarawak sekarang

Perubahan di Sarawak di Bawah PemerintahanKeluarga Brooke (1841-1941)

Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Beberapa perubahan telah berlaku dalam pentadbiran. Antara tahun 1841 hingga 1905, James Brooke dan Charles Brooke telah meluaskan beberapa wilayah Kesultanan Brunei. Wilayah Sarawak semakin luas. Pemerintahan keluarga Brooke dibantu oleh Majlis Tertinggi yang pada peringkat awalnya dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama dan pembesar tempatan. Bendera pertama negeri Sarawak diperkenalkan pada tahun 1848 Sarawak telah dibahagikan kepada lima kawasan iaitu Bahagian Pertama, Bahagian Kedua, Bahagian Ketiga , Bahagian Keempat dan Bahagian Kelima. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen. Residen dibantu oleh Penolong Residen, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung (Tuai Rumah).
Semasa pemerintahan keluarga Brooke, sistem pemerintahan tradisional dikekalkan. Pembesar-pembesar Melayu yang disingkirkan oleh Pangeran Mahkota dahulu dilantik semula termasuklah Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bandar dan Datu Imam. James Brooke memperkenalkan pemerintahan monarki dan melalui sistem ini raja berkuasa mutlak.Beliau juga berusaha menamatkan amalan pemburuan kepala dan perhambaan. Satu kod undang-undang diperkenalkan untuk menjaga keamanan negeri. James Brooke berjaya menghapuskan pusat kegiatan lanun di Saribas, Rimbas dan Batang Baru pada tahun 1850. Ketika Sarawak dalam pemerintahan Charles Brooke, beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kegiatan ekonomi sektor pertanian diubah daripada pertanian sara diri kepada pertanian dagangan.

Perubahan Ekonomi dan SosialPerubahan Ekonomi
Ketika pemerintahan keluarga Brooke, kegiatan pertanian sara diri telah bertukar menjadi pertanian dagangan. Tanaman tradisional seperti lada hitam, sagu dan gambir ditanam secara meluas untuk tujuan eksport. Sagu ditanam oleh orang Melanau di kawasan Mukah dan Oya. Pada kurun ke-19, sagu merupakan antara eksport utama Sarawak. Lada hitam banyak ditanam di Bahagian Pertama, terutamanya di sekitar Kuching. Ramai orang Cina memasuki Sarawak untuk mengusahakan tanaman lada hitam, gambir dan getah. Sarawak merupakan pengeksport kedua terbesar lada hitam dunia pada tahun 1937. Tanaman kelapa diusahakan oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Kedua. Pada 1905, getah mula ditanam di Sarawak. Pada kurun ke-20, getah yang ditanam oleh pekebun-pekebun kecil menjadi bahan eksport utama Sarawak. Satu lagi tanaman baru yang diperkenalkan di Sarawak ialah tanaman tembakau. Tembakau ditanam di Lundu. Perusahaan kayu balak yang dikuasai oleh orang Cina diusahakan di kawasan pedalaman dan hutan di sepanjang pantai.
            Sehingga 1870-an, perlombongan antimoni penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Usaha mencari gali minyak dijalankan oleh Syarikat Borneo. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri. Minyak ditapis di kilang-kilang penapis minyak di Lutong. Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang banyak kepada Sarawak. Charles Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo melibatkan diri dalam pertanian dan perlombongan untuk menjaga kepentingan penduduk tempatan.
Pendidikan

Perubahan sosial turut berlaku di Sarawak kesan daripada perkembangan ekonominya. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan tersebut tidak banyak memanfaatkan penduduk tempatan. Dalam bidang pendidikan, pemerintahan Brooke telah memperkenalkan sistem pendidikan Melayu. Sekolah rendah Melayu turut ditubuhkan tetapi taraf pendidikannya rendah. Oleh itu, pendidikan Melayu ketinggalan. Pemerintahan Brooke memberi bantuan kepada sekolah Inggeris. Kebanyakan daripada sekolah Inggeris didirikan oleh mubaligh- mubaligh Kristian. Orang-orang Cina pula mendirikan sekolah-sekolah Cina dengan menggunakan buku dan sukatan pelajaran dari negara berkenaan.

Perhubungan
  
Dari segi perhubungan, sistem pengangkutan darat, air dan udara di Sarawak turut diperbaiki.terutama di sekitar bandar Kuching. Bandar Kuching telah bertukar wajah menjadi bandar diraja dan pusat pentadbiran Brooke yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Bangunan-bangunan bercirikan barat telah didirikan dan dianggap sebagai anak pelabuhan Singapura. Jalan raya dan landasan kereta api juga dibina . Pengangkutan air diperluaskan dengan beberapa syarikat perkapalan memulakan perkhidmatannya di Kuching. Selain itu, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon turut diperkenalkan. Untuk memastikan penduduk mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya maka hospital-hospital didirikan di bandar-bandar seperti Kuching dan Sibu.
Sarawak Rangers ditubuhkan sebagai langkah untuk memastikan keamanan Sarawak terpelihara. Masyarakat majmuk wujud di Sarawak berikutan kemasukan ramai imigran. Beberapa bandar baru seperti Miri dan Sibu berkembang selepas kedatangan orang Cina. Ekonomi Sarawak telah dikuasai oleh orang Cina. Raja-raja Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk menjaga kepentingan dinasti mereka. Setiap kaum diberi peranan tertentu . Orang Melayu diberikan peranan utama dalam bidang pentadbiran. Orang Iban diberikan peranan dalam bidang ketenteraan. Orang Cina pula hanya boleh melibatkan diri dalam bidang ekonomi.


Top   Home

Make your own free website on Tripod.com

Sejarah awal Brunei

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masehi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Java tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.
Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya. Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang keenam iaitu Sultan Bolkiah (TM 1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.
Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain. Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak di Barat Laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.
Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di Timur Laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.
Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaituParti Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.
Pada 1967, Sultan Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung badinda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan Setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh. Sultan Omar Ali Saifuddin disampiri gelaran Paduka Seri Begawan Sultan ketika baginda turun daripada takhta kerajaan. Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Brunei Town, telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986.
Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada Januari 1, 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.

Thursday, 30 August 2012

Anything u want to know about sarawak?

Salam,
hello everyone, welcome to my blog. if u have any question regarding history of sarawak, u can ask me...just leave your comment :)

PERLUASAN KUASA JAMES BROOKE

Perluasan Kuasa James Brooke
James Brooke melancarkan beberapa usaha dan strategi untuk meluaskan kawasannya ke utara dan mengukuhkan kedudukannya di Sarawak dengan membantu Pengeran Muda Hasyim menyelesaikan masalah pemberontakan yang dilakukan oleh pengeran usop dan melalui perjanjian yang dilakukan oleh Brooke tidak menerimanya tetapi setelah ditawarkan beberapa kali oleh Pegeran Muda Hasyim barulah beliau menerimanya dan dilantik menjadi Residen Sarawak. 

Walaupun brooke dilantik menjadi Residen oleh Hasyim tetapi beliau tiada kuasa untuk melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak kerana beliau bukanlah Sultan Brunei. Hal ini, menyebabkan Pengeran Muda Hasyim diancam oleh James Brooke. Pada 24 september 1841 Brooke meluaskan kuasanya dengan cara ugutan. Beliau telah mengepung tempat kediaman Pengeran Muda Hasyim dengan tekanan ketenteraan yang dibantu oleh H.M.S Diana. 

Oleh sebab takut pemberontakan tersebut tercetus semula Pengeran Muda Hasyim telah memperkenankan permintaan brooke. Selain itu, Brooke juga telah mengugut Sultan Brunei sekiranya enggan untuk mengiktirafnya sebagai Raja Sarawak dengan mengugut untuk membedil Bandar Brunei dengan kapal H.M.S. Phglegethon. Pada 21 Disember 1845, Pengeran Muda Hasyim dan saudara-maranya telah dibunuh oleh orang-orang anti inggeris yang diketuai oleh Pangeran Muda Usop. 

Kematian Pegeran Muda Hasyim membawa pelayaran sekali lagi ke Brunei untuk menentukan kedudukan kuasanya di Sarawak. Brooke menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengiktirafan sepenuhnya ke atas Sarawak tanpa membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.

Usaha yang seterusnya yang dilakukan oleh james brooke ialah menjalankan dasar anti pelanunan. Brooke juga mepunyai angkatan tentera daripada penduduk pribumi yang dianggotai oleh orang-orang muda seramai 25,000 yang berada di sekitar sungai Batang Lupar, Saribas dan sungai lain-lain. Tentera rakyat ini mudah sahaja menyahut seruan rajah, kerana kemungkinan mendapat hadiah yang paling berharga dalam peperangan iaitu kepala musuh.

James Brooke melancarkan serangan ke atas orang iban di sungai seribas dan skrang pada julai 1843, kerana Orang Kaya Pemancha iaitu ketua orang iban mencabar kewibawaan brooke sebagai pemerintah dengan mengancam untuk memenggalkan kepala James Brooke. Hal ini menyebabkan James Brooke merasa tercabar lalu meminta bantuan daripada Sir Henry Keppel untuk melancarkan serangan ke atas orang iban kerana kekuatan orang iban adalah seramai 800 orang hasil gabungan dengan orang melayu, Keppel mengunakan kapal perang H.M.S Dido untuk melancarkan serangan.

Komander Farquhar juga membantu brooke dengan melancarkan beberapa strategi sehingga memerangkap orang iban dan berlaku petempuran yang dahsyat dengan menggunakan kapal perang Nemesis akhirnya pihak lanun kalah dalam pertempuran. Hasil pertolongan daripada angkatan tentera british james brooke dapat membasmi lanun yang selama ini menentang pemerintahannya sebagai raja Sarawak. Brooke juga berjaya melemahkan benteng pertahanan utama lanun terutamanya di padeh,paku dan rimbas. 

Beliau juga dapat menguasai dan meluaskan tanah jajahannya seperti dikawasan sungai skrang dan saribas. Setelah James Brooke berjaya menumpaskan orang-orang melayu dan iban, pembesar orang melayu dan ketua orang iban saribas perlu menandatangani satu perjanjian. Dimana mereka tidak dibenarkan melanun dan memberontak pada masa akan datang.

Seterusnya Brooke telah memisahkan petempatan antara orang melayu dan orang iban. Kerana takut aktiviti perlanunan berulang kembali. Hal ini, disebabkan orang iban mudah dipengaruhi oleh orang melayu turut sama dalam aktiviti perlanunan. Orang melayu ditempatkan di kawasan berhampiran pantai dan kuala-kuala sungai seperti Saribas, Paku dan Lingga., manakala orang iban pula ditempatkan di kawasaan yang agak jauh sedikit dengan pantai dan kuala-kuala sungai.

Usaha yang seterusnya, James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Abdul Mumin yang menaiki tahkta setelah kemangkatan Sultan Omar Ali Saifuddin II pada tahun 1952. Menurut perjanjian ini brooke hanya perlu mebayar ufti sebanyak Dolar Selat$ 1500. Setelah perjanjian tersebut, Brooke telah berjaya meluaskan jajahannya di Sarawak dengan menguasai lembah Sungai Lupar dan Rajang.

Masalah pemberontakan orang cina pada 1857 telah menjejaskan pentadbiran brooke disarawak. Hal ini berlaku disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pencerobohan kuasa yang dilakukan oleh brooke. Orang-orang cina ini terdiri daripada puak san-tiou-kou dan merupakan pelombong-pelombong emas yang datang dari Bau lalu menyerang Kuching. Malangnya brooke dapat mematahkan serangan tersebut dengan mudah dengan bantuan orang Melayu dan Iban. 

Pada masa yang sama, masalah eksport sagu telah menjejaskan sumber kewangan brooke. Puak anti-Brooke telah berpakat dengan pangeran kawasan melanau untuk menyekat perdagangan sagu para pedagang Sarawak iaitu melayu dan cina. Keadaan menjadi tegang apabila konsul british iaitu Spenser St. John campur tangan dan berjaya menyelesaikan ketegangan tersebut. Akhirnya satu perjanjian telah dibuat antara Sultan Brunei dan brooke. 

Dalam perjanjian tersebut seluruh kawasan melanau sehingga Bintulu diserahkan kepada kerajaan Sarawak dan brooke perlu membayar ufti tahunan sebanyak Dolar Selat $4500 kepada Sultan Brunei. Setelah kematian brooke pada 11 jun 1868 segala urusan pentadbiran Sarawak diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke.

Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Charles brooke untuk meluaskan kuasanya di Sarawak.
Charles Brooke anak saudara kepada James Brooke dan memerintah Sarawak hampir 48 tahun. Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 ogos 1868 dan mengangkat sumpah pada 11 okterber 1868.Beliau seorang yang permurah tetapi berpendirian tegas.Charles juga dianggap seorang yang berfikiran terbuka, cergas dan menggunakan kewarasan politik dalam pentadbiran.Tugas utama Charles ialah untuk menyusun pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya. 

Beliau juga menjalankan dasar berjimat cermat dalam permerintahannya.
Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian, setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen (Eropah) dengan dibantu oleh seorang penolong residen dan pegawai daerah. Bagi pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang melayu, cina dan dayak terus dikekalkan. Ketua-ketua ini dilantik oleh residen. Masalah-masalah dalam masyarakat akan dikendalikan oleh ketua masyarakat masing-masing. Kadang kala raja sendiri terpaksa campur tangan apabila masalah yang timbul melibatkan antara dua kaum atau lebih.

Charles brooke juga membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bermazhab Roman Katolik. Tugas mubaligh adalah untuk mengkristiankan penduduk tempatan terutamanya pendudk yang masih mengamalkan agama animisme. Selain itu,beliau mewujudkan sekolah-sekolah dan beberapa kemudahan yang lain.

Dalam perkara ini, beliau memang bersikap sebagai seorang yang imperialis. Charles tidak begitu berminat untuk menambahkan kekayaan Negara tetapi beliau lebih cenderung untuk meluaskan jajahan Sarawak. Charles menjalankan dasar perluasan kuasa ke arah utara ini iaitu bermula sejak zaman Raja Putih pertama lagi dan disambung oleh Charles Brooke. Beliau telah meminta daerah Baram daripada Sultan Brunei pada awal tahun 1868, sebagai gantinya baginda akan mendapat bayaran yang swajarnya setiap tahun. Selain itu, Charles juga merancang hendak menambah kawasan pantai Sarawak supaya menjadi seratus batu panjang.

Walaubagaimana pun segala permintaan dan cadangan Charles brooke ditolak oleh Sultan Brunei dan baginda meminta perlindungan daripada Gabenor Pope-Hennessy yang merupakan Konsul Jeneral British bagi borneo dengan mendakwa bahawa brunei berhak mendapat perlindungan British dibawah persetiaan tahun 1847. Charles brooke menjadi marah dan setelah masalah itu dapat diselesaikan, Charles mencuba sekali lagi untuk mendapatkan Baram. 

Pada tahun 1883, orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang kerajaan Brunei. Hal ini menyebabkan , beliau mudah untuk mendapatkan daerah tersebut atas desakan rakyat yang tidak mahu berlindung dibawah pemerintahan Brunei. Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan sungai Baram daripada Sultan Brunei dengan bayaran ufti sebanyak $4,200 setahun. Sultan Brunei menyerahkan pula daerah Sungai Terusan tanpa sebarang bayaran setelah gagal mengatasi masalah kekacauan di situ.

Manakala limbang pula, sejak tahun 1884 lagi penduduk limbang yang bersepadan dengan Brunei, telah memberontak melawan pemerintahnya kerajaan Brunei. Kerana penduduk di Limbang tidak tahan menanggung penderitaan dan kezaliman pembesar brunei yang memerintah di Limbang. Pemberontakan tersebut telah berlaku sejak sekian lama, namun tidak dapat mengubah sikap pembesar Brunei tersebut. Akhirnya pada bulan mac tahun 1890 penduduk dilimbang telah mengibarkan bendera kerajaan Sarawak. 

Penduduk limbang meminta Charles Brooke mengambil Limbang menjadi wilayah baru di Sarawak, dengan kebenaran kerajaan british di England Charles Brooke telah berjaya mendapat daerah Limbang. Wilayah yang seterusnya yang diperolehi oleh Charles Brooke ialah daerah Lawas. Maka dengan ini lengkaplah sudah perluasan kuasa Charles Brooke ke atas Sarawak.

Kesimpulan
James Brooke berjaya menguasai 2/3 tanah jajahan di sarawak dengan beberapa usaha yang dijalankan seperti membuat perjanjian,ugutan terhadap Sultan Brunei dan memerangi lanun-lanun yang memberontak di Sarawak.Selain itu, dengan peralatan kapal perang yang canggih memudahkan lagi proses pengambilan wilayah dan tanah jajahan di Sarawak. 

Di tambah dengan sokongan daripada pembesar tempatan iaitu Pengiran Muda Hasyim menyebabkan James brooke tidak mempunyai masalah untuk menjadi seorang Rajah di Sarawak. Setelah kematian beliau anak saudaranya iaitu Charles Brooke mengambilalih pemerintahan di Sarawak. 

Charles juga berjaya memantapkan pentadbiran dan ekonomi Sarawak dan seterusnya berjaya melengkapkan penguasaan kesemua tanah jajahan dengan berjaya menguasai daerah limbang dan lawas.

Sunday, 29 July 2012

Sarawak Sebelum Brunei dan Brooke: 5 Negeri Melayu Yang Hilang


Sarawak Sebelum Brunei dan Brooke:  5 Negeri Melayu Yang Hilang

Prof. Madya Datu Hj. Sanib bin Hj. Said
Felo Kanan Kursi Nusantara, Institut Pengajian Asia Timur
 Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak
©Sanib bin Said 2011

Pengenalan
Sejak membaca sumber bumiputera 36 tahun dahulu melihatkan ketegasan tentang kesejarahan negeri bernama Sarawak, Samarahan, Sadong, Kalaka, Saribas, Brunei, Kutei dan negeri-negeri lain sebelum 1400ES sentiasa berlegar dalam benak sehingga saat ini.  Sifat kesejarahan Rankean itu masih menjadi pegangan utama walaupun perubahan juga telah diterima, di samping terdapat desakan pasca-modenisme pada masa sekarang.  Begitu lama pencarian the lost kingdoms and tribes dan berlumba dengan masa[1] tetapi penantian yang lama, seperti melihat sejarah secara longue duree, telah membawa hasil yang lumayan.
Dalam usaha merekonstruksi naratif sejarah awal Malaysia berbagai masalah pensejarahan pasti akan bangkit dengan lebih rumit.  Ini akan mencetuskan polemik seperti yang diidamkan oleh Arkib Negara dalam merancang pembentangan ini. Periode sejarah awal yang tandus dengan sumber primer dan sumber sekunder yang terpisah oleh zaman menyukarkan rekonstruksi sebuah naratif. Pembacaan dan analisis sumber yang sedikit untuk mencari makna dari kaca mata masa dan ruang sekarang mungkin akan melontarkan fakta dan pentafsiran yang mungkin bersifat speklutaif mengenai kerajaan awal di ruang wilayah yang telah berubah menjadi beberapa negara-bangsa yang diangan-angankan itu.  Justeru itu untuk membina naratif sejarah awal dalam sebuah ruang baharu yang telah dicipta sebagai Sarawak telah menyempitkan dan menyukarkan, boleh juga menyelewengkan, pemahaman masa silamnya.  Masa silam pra-sejarah telah mendapat perhatian para arkeologis lebih awal dan hasil kajian mereka, khususnya di Gua Niah yang tersohor itu, telah menemukan tengokrak Wanita Niah yang besar kemungkinan hidup 40,000ES.  Kewujudan manusia pra-sejarah, selanjutnya mungkin telah mengakibatkan kemunculan kerajaan-kerajaan awal sebuah pulau besar yang dikenali sebagai  Borneo oleh dunia dan sebagai Kalimantan oleh Indonesia pada masa sekarang sedangkan nama-nama ini tidak wujud pada masa silam.  Nama Borneo itu pula diambil sempena Kerajaan Brunei yang mengungguli kerajaan-kerajaan lain seperti Sawaku, Samarahan, Saribas, Kalaka dan Malanau yang sekarang dalam ruang negeri Sarawak sementara Silam, Sugut, Tungku dan Kinabatangan sekarang dalam ruang Negeri Sabah.  Adalah penting juga untuk memasukkan ruang pulau-pulau dalam ruang negara-bangsa Filipina sekarang.
Masa dan Ruang:  Asia Tenggara dan the Malay Mediterranean
Mungkin ada manfaatnya jika perbincangan mengenai sejarah awal negara-bangsa, Malaysia, dimulakan dengan beberapa konsep sejarah supaya penghujahan dalam merekonstruksi naratif masa silam ini menjadi jelas.[2]  Pendekatan seperti ini difikirkan sesuai bukan sahaja untuk sejarah awal Sarawak tetapi untuk sejarah nasional secara umumnya yang menjadi matlamat perbincangan ini.  Suatu konsep asas sejarah yang mantap ialah time and space (masa dan ruang) di mana perubahan masa sering menyebabkan perubahan ruang.  Sejarawan telah menggunakan konsep masa dengan mencipta periodisasi seperti dalam maksud “zaman”; manakala konsep ruang pula sejarawan menamakan wilayah dengan nama dan gelaran sama ada oleh penduduk bumiputera atau orang luar. Dalam konteks masa sebelum 1400ES belum ada ruang dengan nama negara-bangsa Malaysia seperti yang kita fahami sekarang yang dibentuk dalam acuan negara-bangsa Barat.[3]  Oleh  yang demikian mungkin kurang manfaatnya dan kurang pemahaman yang boleh diperolehi jika pendekatan seperti ini tidak diberi perhatian sewajarnya.
Pendekatan yang sesuai dan difikirkan akan memberikan kefahamanan yang bermanfaat untuk masa sekarang ialah melihat masa dan ruang tanpa sempadan negara-bangsa yang ada sekarang (mungkin juga akan tiada pada masa depan). Sejarawan yang dianggap sarjana memperkenalkan pendekatan ini ialah Fernand Braudel, seorang sejarawan aliran Annales dari Perancis, yang menjadi terkenal kerana bukunya mengenai ruang Mediterranean dan ruang pesisir Lautan Mediterranean sebelum didirikan berbagai negara-bangsa pada zaman moden.[4]  Beliau menggunakan banyak konsep geografi yang dipelajarinya semasa menjadi siswa untuk penyelidikan dalam bidang sejarah. Di samping pengaruh geografi dan sebagai ahli aliran Annales yang merobah pendekatan pengajian dan penyelidikan sejarah, akhir terkenal juga sebagai pemuka konsep total history is the only true history[5] dan menolak pendekatan modenisme yang dijolok dengan gelaran Rankean.[6]
Pengikut Fernand Braudel dalam sejarah Asia Tenggara telah cuba menggunakan konsep beliau dengan melihat raung ini mempunyai persamaan dengan Mediterranean.[7]  Sejarawan Australia, Anthony Reid adalah yang pertama menggunakan pendekatan ini yang terkandungan dalam dua buah buku yang mantap.[8]  Beliau diikuti oleh sejarawan Perancis, Denys Lombard[9]; K. Chaudhari dari India[10] dan akhir sekali seorang sejarawan R. Wong pula mentafsir dari kaca mata China[11] yang cuba memperkenalkan jolokan the Chinese Mediterranean untuk Lautan China Selatan yang mengandungi Arkipelago Melayu.  Bagaimanapun persoalan lama mengenai masa dan ruang sebagai kajian wilayah bernama Southeast Asia (Asia Tenggara) sentiasa menghantui walaupun menggunakan panduan Fernand Braudel. Anthony Reid sendiri mengakui kerumitan menemui wilayah ini pada tahun 1993 apa bila menulis bab Introduction:  A Time and A Place:
As a region, Southeast Asia is crucial to the resolution of the dilemmas of early modern history.  But is it a region at all?  Unlike Western Europe, India, the Arab world, China, or even ‘sinicized’ eastern Asia as a whole, it has no common high religion, language, or classical culture ... and has never been part of a single polity.[12]
Pada tahun 2005 beberapa orang sejarawan sejarah Asia Tenggara yang diundang khusus membentangkan kertas kerja mereka dalam sebuah kolokium anjuran National University of Singapore tetapi tidak disertai oleh sejarawan dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.  Sarjana dari Thailand dan Vietnam menegaskan bahawa mereka tidak pernah memikirkan kawasan atau negara-bangsa lain dan Asia Tenggara tidak wujud dalam rangka pemikiran dan penyelidikan.  Sementara itu seorang sarjana muda Amerika menuduh Asia Tenggara sebagai area study di universiti di USA dan Eropah adalah rekaan para sarjana sebagai periuk-nasi mereka.[13]  Di antara sejarawan itu ialah Ruth McVey, sarjana yang lebih tua dan dipandang tinggi, akhirnya merumuskan sehingga masa sekarang mereka gagal lagi untuk menemukan Southeast Asia yang telah direka oleh rakan sarjana mereka yang terdahulu:
Having concluded this volume, readers may well feel that instead of locating Southeast Asia they have discovered many Southeast Asias – or none.  Does this stem from some characteristic of the region as a (non)entity, or from an insufficiency in our understanding of place? .... Why then does it have an unnerving tendency, on these pages, to dissolve.”[14]
Rumusan Anthony Reid dan McVey itu memang betul tentang masa dan ruang Asia Tenggara yang cuba menyatukan daratan dan pantai dan pulau di dua lautan besar yang mempunyai perbezaan ketara.  Yang ada persamaan ialah di kalangan masyarakat daratan dan begitu juga di kalangan masyarakat di pantai dan pulau-pulau. Masa dan ruang di pesisir pantai dan pulau-pulau itu ialah zon sosio-politikal Melayu yang telah lama digelar the Malay Archipelago Nusantara dan Dunia Melayu.  Dengan menggunakan takrif Anthony Reid manusia di sini  banyak persamaan termasuklah unggul.  Lynda Shaffer merumuskan mungkin terlaku “Mediterranization” oleh tamadun China, India, Arab dan Eropah.  Mungkin juga boleh dijolokkan gelaran “the Malay Mediterranean”.  Lynda Shaffer, sejarawan sejarah dunia, memberikan judul yang menarik kepada bukunya yang kecil, Maritime Southeast Asia to 1500 mencuba sesuatu yang lain termasuk tumpuan beliau terhadap orang Melayu.[15] 
Setelah berkurun lamanya, kecelaruan dalam mencari masa dan ruang yang sesuai dan difikirkan akan bermanfaat pada masa sekarang ialah kerana mereka buta akan masyarakat yang utama di ruang ini.  Mereka ialah masyarakat Melayu pada ruang dan masa silam di mana semuanya bangsa dan bahasa yang besar di mana sekarang di dalam negara-bangsa masing-masing ironinya etnisme sangat runcing.  Pada masa sekarang ada orang Malaysia memikirkan dan mengangankan ruang dan masa bangsa Melayu itu meliputi pesisir tanah negara-bangsa sekarang, iaitu Vietnam, Kemboja, Siam dan seluruh pulau-pulau dalam Indonesa dan Filipina.  Alfred Wallace, berdasarkan alam semula jadi termasuk manusianya memberikan nama The Malay Archipelago seperti judul bukunya yang terbit pada tahun 1869 mentakrifkan seperti ini:
“[I] consider the Malay Archipelago to include the Malay Peninsula as far as Tenasserim, and the Nicobar Islands on the west, the Philippines on the north, and the Solomon Islands beyond New Guinea, on the east.” .[16]
Pada tahun 2004 pihak Arkib Negara Malaysia telah menjemput Profesor Leonard Andaya membentangkan sebuah kertas kerja di mana beliau telah mengetengahkan beberapa masalah untuk menrekonstruksi sejarah Malaysia.  Masalah yang releven dengan perbincangan kita pada hari ini ialah apa yang beliau katanya:
“Using such a framework may be appropriate to study to the study of modern Malaysian history; however, it is not only inappropriate but even misleading for the study of pre-nineteenth century history.  Many of the present borders continue to be porous, and the task of the historian is to identify where zones of human interaction occurred in the past, and then to acquire the linguistic and methodological skills to undertake the necessary research.”[17]
Sehubungan dengan itu masa dan ruang dalam sejarah awal Malaysia ialah Arkipelago Melayu atau Kepulauan Melayu yang menjadi Dunia Melayu.
Dalam masa silam yang menjadi zaman awal itu manusia Melayu yang menjadi penghuninya telah berpindah-randah dan saling berhubung sehingga mementuk pelbagai jaringan antara pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, Borneo, Manila, Sulu, Makassar dan banyak lagi dan mendirikan banyak negeri-kerajaan awal Melayu-Hinduisme-Buddhisme dan kemudian negeri-kerajaan Melayu-Islam yang pernah bersatu dalam Empayar Srivijaya, Empayar Majapahit dan Empayar Melaka di sebelah barat.  Manakala di sebelah timur pula negeri-kerajaan Melayu itu disatukan dalam Empayar Brunei dan Kesultanan Sulu.  Empayar-empayar yang patah tumbuh hilang berganti;  mereka muncul, berkembang, runtuh dan pupus silih berganti untuk mencipta suatu rhythm in Malay history.[18]  Irama ini diteruskan oleh dalam negara-bangsa yang baru Malaysia dan Indonesia yang mewarisi sejarah awal Arkipelago Melayu.
Kerajaan Bo-ni (Brunei)
Negara-bangsa Brunei yang wujud pada masa sekarang yang mempunyai sejarah yang panjang serta berterusan mungkin sejak abad ke-9 lagi dan pernah berjaya membina empayar yang besar yang meliputi pulau Lesung di utara dan keseluruhan bahagian utara dan timur pulau Borneo.  Mungkin boleh dirumuskan bahawa Kerajaan Brunei awal merupakan entiti unggul di sebelah timur zon politico-cultural Melayu.  Kerajaan Brunei awal ini ditakdirkan terletak tidak jauh dari Gua Niah yang telah diduduki manusia pra-sejarah 40,000ESS.[19]  Walaupun terdapat pantang-larang untuk bersepekulasi wujudnya sebarang kaitan masa dan ruang pra-sejarah Gua Niah bersama Gadis Niah, tetapi mungkin dibolehkan sekadar menyebutnya sahaja supaya kerajaan Brunei dalam sejarah awal bukan muncul di utara Borneo ini dalam masa dan ruang silam yang kosong.  Begitu juga halnya dengan petempatan pra-sejarah lain di Palawan, Sabah dan Kalimantan.  Malah spekulasi seperti ini diperkuatkan bahawa negeri-kerajaan yang pasti lebih tua ialah Kutei, muncul pada sekitar tahun 400ES, sebelum Srivijaya, betul-betul terletak di garis selatan dari Gua Niah dan Brunei.
Historiografi Brunei agak lumayan, termasuk periode kerajaan awal yang telah dikaji oleh Donald Brown, Robert Nicholl, Awang Muhamad Jamil Al-Sufri dan juga Bilcher Bala.  Bagaimanapun adalah suatu yang lumrah dalam usaha merekonstruksi periode awal di mana kekurangan sumber maka banyak naratif terganggu dengan unsur spekulasi yang tebal dalam melakukan pentafsiran terhadap fakta yang sangat terhad itu dalam sejarah awal Kerajaan Brunei.  Perbezaan pendapat sangat ketara dalam naratif asal-usul di antara mereka.  Robert Nicholl mencadangkan bahawa berlaku perpindahan Kerjaan Kamrun atau Ku-lun dari tanah daratan, sekarang mungkin di Kemboja dan Vietnam, ke Borneo berdasarkan sumber China dan Arab.[20]  Awang Muhamad Jamil Al-Sufri menceritakan kemunculan seorang lelaki yang berkahwin dengan 14 orang wanita yang akhirnya melahiran 14 orang saparadian berlandaskan sumber tradisi lisan dan memberi nama negeri mereka “baru-nah”.[21]  Bilcher Bala akur dan memetik tulisan Tom Harrisson bahawa  Brunei telah didirikan oleh seorang Kelabit bernama Simaun yang menjadi raja pertama kerana terdapat tradisi lisan mengatakan demikian dan kerana dalam bahasa Kelabit perkataan “maun” bererti “tua” dan masyarakat Lun Bawang pula menamakan beliau sebagai “Semaring”.[22] Bagaimanapun penduduk di Dunia Melayu, termasuk di Borneo, dalam sejarah awal adalah berbangsa Melayu dan beragama Hinduisme atau animisme dan apa bila agama Islam dianuti oleh semua kerajaan maka sebilang besar Melayu dan Melayu yang tidak masuk Islam menjadi suku kaum lain yang hanya pada abad ke-19 dilabelkan dengan berbagai nama, termasuk nama umum Dayak.[23]
Saya mengetengahkan pandangan mirip pendapat Awang Muhamad Jami Al-Sufri berlandaskan sumber manuskrip Rangau dan Syair Awang Samacun bukan sekadar sumber tradisi lisan.[24]  Manuskrip Rangau menceritakan kehadiran seorang lelaki itu di pantai Teluk Brunei sedangkan Syair Awang Samacun mengisahkan adventure 14 orang saparadian yang akhirnya bersetuju membina sebuah negeri di kuala sungai itu yang “baru-nah” berkenan di hati mereka.  Yang tertua di kalangan mereka ialah Awang Alak Betatar yang kemudian menjadi raja pertama dan Awang Samacun ialah nombor dua yang menjadi panglima yang terhandal sehingga dijadikan judul syair ini. Kegagahan Awang Samacun dan peranan beliau sebagai panglima memungkinkan nama ini diambil dari manuskrip Hikayat Samacun yang disadur dari sebuah cerita Arab mengenai kehebatan seorang panglima Nabi Muhammad SAW.  Hikayat ini agak terkenal di Arkipelago Melayu dan terdapat juga versi dalam Bahasa Sunda di pulau Jawa.[25]  Awang Samacun boleh juga dilihat mempunyai perkataan Arab “macun” bererti “mendengar”.[26]  Pembacaan yang teliti menunjukkan kesejarahan syair ini mungkin meyakinkan apa bila laporan China tahun 977ES merakamkan tentang pentadbiran Bo-ni,“[t]here are a total of fourteen prefectures with small mountains.”[27] Persamaan angka 14 saparadian dan fourteen perfectures sangat sempurna dan menakjubkan sehingga keinginan untuk membuat spekulasi sukar dibendung bagi memutuskan bahawa syair ini karya sejarah dan Brunei merupakan sebuah negeri-kerajaan yang besar dengan mempunyai 14 buah kawasan takluknya.  Laporan China pertama sekali sekadar mencatat nama Bo-ni ialah pada tahun 860ES dan hanya dalam laporan tahun 977ES.[28]  Laporan China ada menyebut beberapa orang nama raja seperti Hiangta (977ES), Si-li-ma-je (1082ES), Ma-ho-mo-sa (1370ES), Ma-na-je-ka-na (1408ES) dan Hsiawang (1408ES).
Di bahagian awal silsilah raja-raja Brunei memberi gambaran pan-Melayu Brunei yang merangkumi warisan dan pertalian erat dengan pusat Dunia Melayu.  Ini adalah kerana “turun temurun yang mengambil mengambil pesaka nobat negara genta calamat” dari negeri Johor dan Minangkabau.[29]  Di samping itu,
“Maka Sultan itu dinuerahai oelh Yang Di Pertuan Johor nobat negara dan gentacalamat dan negeri lima buah, iaitu Kalaka’ dan negeri Saribas dan negeri Semarahan dan negeri Serawak dan Mukah.”[30]
Pada tahun 1940 H. R. Hughes-Hallet dalam sebuah artikel turut menyatakan:
 “according to Javanese records a Javanese force expelled Sulu marauders from Brunei in 1368 and Brunei is mentioned as one of the countries conquered during the reign of Angka Wijaya . . . .[31]
Beliau tidak menyebut sumber Jawa yang dirujuk, mungkin karya Prapanca,Negarakertagama di mana dicatatkan:
“Pupuh 14
Kandandangan, Landa, Samadong dan Tirem tak terlupakan Sedu, Barune (ng), Kalka, Saludong, Solot dan juga Pasir, Barito, Sawaku, Tabalung, ikut juga Tanjung Kutei
Malano tetap yang terpenting di Pulau Tanjungpura”[32]
Santubong dan Negeri Sarawak
            Kesejarahan Negeri Sarawak seperti berada di depan mata.  Sumber bumiputera, arkeologi dan tarafnya yang sentiasa penting dalam merentasi semua masa dan ruang sejarah silam hingga sekarang tetapi gagal dilihat dengan cepat. Selepas menemui semula Syair Tarsilah Cetera Dato’ Gudam dan Temenggong Abdul Kadir Negeri Saribas pada tahun 2005 dan setelah mengkajinya beberapa tahun baharulah mata hati terlihat Hikayat Datuk Merpati yang telahpun diterbitkan sebagai karya sejarah mengenai Negeri Sarawak lama.[33]  Datuk Merpati dan saudaranya berasal dari sebuah gunung berapi di Pulau Jawa dan mengembara ke Johor, Sukadana, Sambas dan Tanjung Datu.  Pada suatu hari mereka membantu Datuk Kuli dan Datuk Kuali yang terdampar di tanjung itu di mana mereka kemudian mengundang Datuk Merpati pindah ke Sungai Sarawak.  Bagaimanapun dalam perjalanan itu Datuk Merpati mengubah fikiran:
Alkisah maka tersebutlah cerita Datuk Merpati membuka negeri di Kuala Santubong. Tiada antara berapa lama sesudah dia diam di situ, Datuk Permaisuri Kemala pun melahirkan seorang anak perempuan.  Telah diberinya nama anak itu Dayang Seri Bulan.  Maka telah sukalah hati Datuk Merpati kerana melihat anak perempuannya itu. Merpati Jepang juga suka melihat adiknya.  Bertambah sukalah ahli kaum kerabat di dalam negeri itu.[34]

Pada suatu masa Datuk Merpati dan Datuk Permaisuri Kemala telah menyelamatkan diri ke Brunei kerana diserang oleh Pego.  Di Brunei Datuk Merpati bertemu dengan Samacun.  Setelah diuji kekuatannya telah berjaya panglima dan ditugaskan menjaga anak Datuk Merpati, Dayang Seri Bulan yang kemudian berkahwin dengan Sultan Bungsu dari Selangor.[35]  Dalam pada itu anak lelaki Datuk Merpati, Merpati Jepang telah dewasa dan mentadbir negeri Santubong ”beroleh pupu kebanyakan” dan pandai membawa kaumnya.”[36]
            Sejauh manakah kesejarahan Hikayat Datuk Merpati Datuk Merpati yang dinukilkan berasal dari Jawa mungkin juga melambangkan  pengaruh Majapahit di Sarawak seperti yang dibuktikan dalam Negarakertagama sebelum tahun 1365.  Nama Merpati mungkin korupsi Parpatih dalam Datuk Parpatih nan Sabatang dalam masyarakat di Dunia Melayu dan ”Merpatih” dalam masyarakat Minangkabau.  Mungkin yang lebih dekat ialah nama tempat di Jawa pada masa kejatuhan Majapahit dan kebangkitan Demak seperti dinyatakan, ”meletakkan Pangeran Benowo sebagai Raja Jipang-panolan.”[37]
Salah sebuah kawasan di dalam wilayah kebudayaan Sarawak yang terbukti pernah menjadi negeri ialah di Kuala Sungai Sarawak yang besar yang dikenali sebagai Santubong. Malah di sini merupakan kawasan pertama dilakukan kerja-kerja arkeologi bukan saja dalam konteks Sarawak baru dan lama tetapi juga dalam konteks keseluruhan pulau Borneo yang besar ini.  Tanda-tanda tentang peri pentingnya kawasan Santubong sebenar dicetuskan oleh penemuan Nandi dan Yoni oleh James Brooke tidak lama setelah menjadi “raja” Sarawak, sebelum berlakunya pemberontakan China pada tahun 1857.[38] Selain daripada jumpaan batu besar ini James Brooke juga mengumpulkan artifak-artifak emas.[39] Penemuan artifak yang diperbuat dari emas ini menunjukkan bahawa kawasan ini menarik perhatian orang asing, khususnya orang dari India pada peringkat awal.  Mungkin oleh kerana adanya emas, bukan saja di lembah Sungai Sarawak tetapi juga di bahagian barat-daya Borneo, kawasan yang terbanyak mengandungi emas daripada tempat-tempat lain di kepulauan Melayu, telah dikaitkan dengan nama-tempat Survanabhumi (Bumi Emas) oleh orang India dan juga sebagai Iabadiou oleh Ptolemy pada c.150ES.
            Penemuan awal ini telah memberi perangsang kepada Muzium Sarawak untuk melakukan kajian arkeologi. Pada tahun 1949, di bawah pimpinan Tom Harrisson, telah berhasil mengumpulkan ribuan pecahan tembikar China di Santubong.[40] Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas tembikar ini serta artifak-artifak keagamaan Hindu mereka berpendapat bahawa Santubong sebagai politi sudah wujud sejak abad ke 7 lagi dan terus kekal hingga abad ke-10[41]  atau abad ke-14.[42] Di samping itu adanya tahi besi (iron-slag yang dianggarkan sebanyak 40,000 tan[43] menguatkan pendapat bahawa kawasan Santubong ini merupakan kota-pelabuhan yang besar dan penting.  Setelah dikaji oleh kedua orang pakar ini mereka berpendapat bahawa industri ini wujud di antara tahun 900ES hingga 1350ES.[44] Bagaimanapun mengikut O.W. Wolters, seorang sejarawan Asia Tenggara tua, China mungkin telah mengetahui tahi besi ini sejak abad ke 3 lagi dengan mentafsirkan bahawa pulau Tan-lan yang disebut dalam laporan China itu terletak di barat-daya Sarawak.[45] Jika tafsiran sejarawan terkenal ini betul mungkin Tan-lan yang menghasilkan besi ini ialah Pulau Talang-Talang tetapi ahli arkeologi, mahupun Muzium Sarawak tidak pernah mengaitkan pulau ini dengan penemuan tahi besi di kawasan Santubong walaupun pulau ini tidaklah begitu jauh dari tempat tersebut.[46]
            Penemuan bahan-bahan arkeologi di kawasan Santubong ini telah mencetuskan berbagai pentafsiran dan pendapat.  Ahli-ahli arkeologi kecuali Jan Wisseman Christie berpendapat bahawa kawasan ini sudah menjadi bandar-pelabuhan penting sejak abad ke-7 hingga abad ke-14.  Jan Wisseman Christie sebaliknya berpendapat bahawa Santubong muncul pada akhir abad ke-10 dan terus wujud hingga abad ke-14.[47] Tentang kepentingan dan peranan kota-pelabuhan ini secara am dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik dan pentafsiran yang lebih jelas dan terbaru ialah dari Jan Wisseman Christie:
Santubong is a complex of port sites in the Sarawak river delta which rivals in site and richness found in the Muda and Merbok valleys of Kedah.  It is undoubtedly the remains of the port-capital of the state of Po-ni … The port was evidently founded in this region in the later tenth century, when it comprised only of one residential site, Sungei Jaong, and an associated burial ground nearby at Tanjong Kubor.”[48]
Selepas itu terdapat pula pusat petempatan lain di sekitar Santubong seperti di Bongkissam.  Bagaimanapun politi-politi ini kemudian dikuasai oleh Santubong yang menjadi sebuah negeri di kawasan ini.
            Dari kajian yang dilakukan ke atas ribuan serpihan tembikar China negeri Santubong ini terus wujud hingga ke abad ke 14.[49] Pendapat ini dikuatkan lagi dengan tulisan China Nan-hai-chih yang menyenaraikan kerajaan-kerajaan tua di Borneo pada tahun 1304.[50] Pada masa ini Brunei yang ditulis oleh China sebagai Tung-yang Fo-ni jelas sekali menguasai keseluruhan utara Borneo.  Di antara politi-politi yang berada di bawahnya dan yang terkandung di dalam wilayah kebudayaan Sarawak ialah Sha-hu-chung.[51] Carrie Brown mentafsirkan bahawa Sha-hu-chung ini mungkin Saludung yang terletak di pantai timur Borneo.[52] Bagaimanapun penulis ini berpendapat bahawa dari segi urutan tempat-tempat yang dikuasai oleh Po-ni.  Ini lebih sesuai ianya merujuk kepada Santubong, di samping itu Saludung sehingga kini tidak mempunyai bahan arkeologi seperti yang terdapat di Santubong. Sha hu chung dalam Mandarin, bahasa rasmi dan tulisan orang China, bererti ”lautan batu karang” dan adalah tidak betul jika sebutannya diubah kepada san choo bong, sebutan Melayu dalam dialek Hakka yang bererti ”king of wild pig”.[53]
Sumber Jawa, Negarakartagama[54] yang ditulis pada tahun 1365 menunjukkan bahawa Brunei (Bo-ni) telah dikuasai pula oleh Majapahit.  Permulaan perluasan Majapahit ini dipercayai berlaku pada tahun 1350[55] dan ini menyebabkan perdagangan dengan China di Santubong terhenti seperti yang terbukti dengan tembikar-tembikar yang dijumpai tidak menunjukkan tembikar Ming.[56] Santubong sebagai nama politi juga turut hilang dan digantikan oleh nama baru, iaitu Sawaku (Sarawak) di dalam Negarakartagama.[57] Kehadiran Majapahit mungkin telah menyebabkan perpindahan penduduk[58] negeri Santubong ini kepada politi-politi lain seperti Sadong dan Gedong.
Negeri Samarahan dan Sadong
            Adanya penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan politi di pantai dengan yang wujud di pendalaman.  Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong dan 56 batu dari pantai.  Di sini terjumpa 79,754 pecahan tembikar dan ratus benda lain seperti manik, duit siling dan emas.[59] Lucas Chin mencadangkan bahawa Gedong ini merupakan tempat perkuburan tetapi tanpa menemui sebarang tulang manusia. Terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu banyak besar kemungkinan Gedong ini merupakan politi yang agak besar.  Kajian yang dilakukan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa jika Gedong merupakan sebuah politi maka ia wujud dari abad ke-7 hingga ke-13[60], iaitu sezaman dengan Santubong.
            Limabelas batu ke pendalaman Gedong terdapat sebuah lagi politi di Bukit Sandong.[61] Di sini terdapat 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong.  Selain daripada itu yang membezakannya dengan tempat-tempat tadi ialah adanya 143 serpihan tembikar Sawankhalok.  Mengikut Lucas Chin serpihan Sawankhalok dan ”blue and white sherds” ini ditarikhkan pada abad ke-16 dan ke-17.  Walaupun sukar untuk menyatakan adanya perpindahan dari politi-politi yang awal ke Bukit Sandong tetapi ia jelas menunjukkan kesinambungan politi Sarawak.  Dan walaupun politi Gedong dan Bukit Sandong ini tidak tercatat dalam tulisan-tulisan China dan Jawa, namun kewujudannya juga tidak dapat dinafikan.  Lucas Chin menyimpulkan,
“What is also considered significant is that with such large quantities of ceramic wares excavated at such inland sites at Gedong and Bukit Sandong, it indicates that trade was not necessarily confined to the coast as previously believed.  Trading boats could have sailed as far inland as possible for trade.”[62]
Negeri Kalaka
            Lembah Sungai Kalaka, tidak jauh dari lembah Sungai Sadong, hanya 10 batu di sebelah timur Santubong, merupakan juga tempat wujudnya politi tua di Sarawak. Terletak di kuala Sungai Kalaka dan muara Batang Saribas ialah sebuah negeri bernama Kabong.  Mengikut Lucas Chin terdapat tembikar yang masih bulat yang diambil oleh orang ramai dan tidak sempat diambil oleh pihak Muzium Sarawak.[63]Nanga Kalaka lebih bernasib baik kerana di sana ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”.[64] Kajian menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke-16 dan 17.  Sebuah lagi tempat di lembah ini ialah Tebing Tinggi.  Di sini terdapat 41,762 serpihan tembikar termasuk jenis Sawankhalok jenis abad ke-16 dan 17.[65] Daripada abad tembikar dibuat ini nampaknya politi di lembah Sungai Kalaka ini tidak begitu tua seperti yang terdapat di Santubong dan lembah Sungai Sadong.  Bagaimanapun ini tidak memberi maklumat yang lengkap kerana tembikar di Kabong tidak berjaya dikaji.  Besar kemungkinan tembikar di Kabong ini bertarikh lebih awal kerana Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan Kalka sebagai salah sebuah jajahan Majapahit.[66] Di samping itu Kalaka juga sebut sebagai sebuah negeri yang dianugerahkan kepada Kerajaan Brunei oleh Johor seperti yang dinukilkan dalam silsilah raja-raja Brunei serta mendapat keutamaan dalam Kerajaan Brunei.
            Syair Tarsilah Cetera Dato’ Gudam dan Temenggong Kadir Negeri Saribas, judul pendek mungkin Syair Tarsilah Negeri Saribas, mengandungi episod.  Syiar ini menyebut Kalaka sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh dua orang wanita adik-beradik.
Terhenti dulu kisah itu                                              
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka’ habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku[67]
Negeri Saribas
            Negeri Saribas sebenar berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Negeri Kalaka yang besar itu sedangkan pusatnya banyak di sekitar pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelah hulu menghampiri pertengahan hutan belantara.disebut di dalam silsilah raja-raja Brunei dan mendapat tempat yang banyak juga dalam manuskrip tersebut.  Negarakertagama tidak ada mencatatkan nama Negeri Saribas pada abad ke-14 berbanding dengan jirannya, Negeri Kalaka.  Ini mungkin disebabkan Negeri Saribas didirikan pada awal atau pertengahan abad ke-17.  Syair Tarsilah Negeri Saribas meriwayatkan pelarian Pengiran Temenggong Abdul Kadir dari ibu kota Kerajaan Brunei di utara kerana anak gadisnya, Dang Chi’ yang rupawan, telah diambil oleh sultan.  Setelah sampai di muara Batang Saribas beliau telah mendirikan sebuah negeri dengan ibu kotanya di Tandang Sari di tebing Sungai Rimbas. Kemudian muncul pula seorang anak raja Pagaruyung, dikenali di Saribas dan Brunei sebagai Dato’ Gudam, dari Sumatera yang juga merantau membawa diri kerana gagal dalam ujian naik tahta sambil berdagang.  Pada suatu hari Dato’ Gudam berlabuh di Tandang Sari dan bertemu dengan Pengiran Temenggong Abdul Kadir dan isterinya yang masih merindui anak gadis mereka.  Pengiran Temenggong Abdul Kadir berjaya memujuk Dato’ Gudam untuk mengambil dan membawa pulang Dang Chi’ keluar dari istana.  Beliau berjaya dan atas jasa itu telah dikahwinkan dan Dato’ Gudam kemudian memegang teraju pemerintahan Negeri Saribas yang menurunkan waris kepada keturunan Abang dan memegang jawatan-gelaran Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di lembah Batang Saribas.  Kesejarahan boleh dilihat dalam beberapa segi seperti kewujudan sebuah tempat Gudam di Tanah Datar Minangkabau di mana istana Kerajaan Pagaruyung yang pertama adalah di Gudam di samping bererti istana dalam Sanskrit.  Stamford Raffles, setahun sebelum mengambil Singapura, telah melawat Gudam untuk berjumpa Raja Pagaruyung pada tahun 1818.  Keturunan Dato’ Gudam masih ingat samar-samar tentang penubuhan negeri ini, tetapi mereka ingat tentang keturunan yang memegang jawatan-gelaran seperti juga yang dicatat dalam silsislah raja-raja Brunei.  Pengisahan seorang bernama Aulaksamana terdapat juga dalam karya Charles Brooke di mana beliau merakamkan bahawu laksamana ini pada tahun 1860 berusia 90 tahun.[68]
Kuala Rajang dan Bintulu
            Di samping itu sebuah lagi politi yang mungkin terletak di Kuala Sungai Rejang, sungai selepas Sungai Kalaka, bernama Malano.[69] Di kuala sungai ini juga seorang sejarawan terkenal, J.L. Moens berpendapat kerajaan Melayu awal, Srivijaya dipercayai berpusat.[70] Setakat ini belum dijumpai benda-benda arkeologi di kuala Sungai Rejang.  Nan-hai-chih ada menyebut Achen (Igan) Wentuling (Bintulu).[71]
            Kewujudan politi-politi awal di wilayah kebudayaan Sarawak versus wilayah kebudayaan Brunei sukar untuk ditolak dan dipisahkan daripada masa silam Sarawak Lama ataupun Sarawak Baru.  Penemuan benda-benda arkeologi di tiga lembah merupakan bukti kuat tentang kewujudan politi-politi Sarawak dan bukan Brunei. Sumber-sumber bertulis dari China dan Jawa menguatkan lagi politi-politi ini walaupun pada suatu ketika mereka jatuh di bawah ketuanan Brunei (Bo-ni) dan Majapahit. Keraguan yang timbul setakat ini adalah mengenai politi di kuala Sungai Rejang. Sumber bertulis yang telah disebutkan di atas mencatatkan beberapa buah politi tetapi artifak-artifak arkeologi belum lagi ditemui.[72] Bagaimanapun ketuaan politi-politi Sarawak ini tidak dapat dinafikan sebagai sebahagian daripada masa silam Sarawak Lama dan Baru.
Perkembangan Terkemudian
Politi-politi tua Sarawak tidak lenyap ditelan zaman seperti yang digambarkan oleh ketiadaan benda-benda arkeologi.  Penyelidikan arkeologi dan sumber-sumber China dan Jawa hanya dapat membuktikan kewujudan politi-politi ini dari abad ke 7 hingga ke 14.  Bagaimanapun sumber-sumber lain sedikit sebanyak memberi maklumat untuk menunjukkan kesinambungan dan kepentingan politi-politi ini.  De Barros yang menulis pada tahun 1530 mencatatkan kepentingan kota-pelabuhan Sarawak:
“In Borneo, Lave, Tanjapura, Cerava, the principal ports of this island there are many wealthy merchants who trade to Malacca, Sumatra, Siam, China and other ports, to which they export diamonds, camphor, agala wood …. “[73]
Petikan ini jelas menunjukkan bahawa nama Santubong telah tidak digunakan lagi dan digantikan oleh Sarawak.  Lebih penting lagi Sarawak pada masa itu dengan jelas dibezakan dengan Brunei yang ditulis sebagai Borneo dan jika tidak Brunei tidak disebut langsung sebagai pelabuhan penting. Peta-peta Eropah abad ke-16 dan 17 menamakan Sarawak (bukan Kuching) sebagai Cereua (1537) dan Cereuwa (1550); Belanos (Melano), Sedang (Sadong), Calca (Kalaka) dan River de Burulu (Bintulu).[74]Kepentingan Sarawak pada abad ke-16 juga boleh dilihat dari cadangan raja Brunei, Sultan Saiful Rijal untuk pindah ke Sarawak setelah Sepanyol menduduki bandar Brunei pada tahun 1578.[75]
            Silsilah Raja-Raja Brunei[76] yang ditulis pada abad ke-17 mengandungi banyak maklumat mengenai pentadbiran kesultanan ini di wilayah kebudayaan Sarawak seolah-olah wilayah ini mempunyai tempat yang sangat penting.  Manuskrip B pula menunjukkan kedudukan wilayah kebudayaan Sarawak sebagai istimewa kerana ia merupakan anugerah daripada Kesultanan Johor dan bukan diserang dan dijajah oleh Brunei:
“Maka sultan itu dianugerahi oleh Yang Di Pertuan Johor nobat negara dan genta alamat negeri lima buah, iaitu negeri Kalaka dan negeri Saribas dan negeri Semarahan dan negeri Serawak dan Mukah."[77]
Jelas kepada kita bahawa yang disebut negeri di sini tidak banyak berbeza dengan wilayah kebudayaan Sarawak yang cuba dicadangkan oleh kertas kerja ini.  Manuskrip A tidak ada mengandungi ayat ini dan oleh yang demikian timbul suatu persoalan sama ada penyalin Manuskrip B ini berat sebelah kerana beliau berasal dari Sarawak, namanya Haj Abdul Gaffar bin Abdul Mumin Serawak.[78] Bagaimanapun kedua-dua manuskrip ini tetap memberikan maklumat yang terperinci mengenai pentadbiran di tempat-tempat yang dinyatakan.
            Keistimewaan negeri-negeri ini, khususnya Sarawak terserlah lagi apabila raja Brunei, Sultan Muhuiddin telah menganugerahkan Sarawak (lama) ini kepada adindanya Raja Tengah untuk dijadikan negeri dan beliau sendiri menjadi raja kerana Raja Tengah sentiasa menggugat kedudukan sultan.
          “Maka tiadalah dipanjangkan riwayatnya lagi, telah itu dipanggillah oleh Sultan Muhiuddin Raja Tengah itu.  Bagindapun lalu mengeluarkan titah kepada saudaranya Raja Tengah, katanya, “Ya adinda sekarang sudah nasib kakanda di dalam Berunai jadi demikian ini.  Akan adinda pun pada pikiran kakaanda jadikan raja di dalam negeri Sarawak sebab pun sama2 juga kita anak Marhum.   …. Maka telah selesailah sudah bermeshuarat apa2 yang dimemuafakatan, maka Raja Tengah pun suroh oleh baginda Sultan Muihiuddin berangkat ke Sarawak berserta diberinya rayaat banyaknya seribu orang akan kawannya Raja Tengah.  Kemudian telah sampailah Raja Tengah di Serawak, maka raja pun menitahkan segala rayat sekalian itu melainkan semuanya dengan kerana tiada berhenti lagi hingga sudah istana dan kota dan kampong dan mana sahaja kehendak Raja Tengah semuanya dikerjakan oranglah … “[79]
Tidak lama selepas Raja Tengah tidak lama selepas itu telah belayar ke Johor dan dalam pelayaran pulang singgah di Matan dan di mana baginda diangkat menjadi sultan Sambas.[80]
            Pada awal abad ke-17 terdapat juga sumber-sumber mengenai beberapa politi-politi Sarawak.  Blommart pernah melaporkan bahawa “Sadong were one of the best place for trade comparable to Lauwe.57  Laporan Belanda bertarikh 1609 satu pemberontakan menentang Kesultanan Brunei:
“1609.  News received (in Bantam) that the tribes north of Sambas, living in Calca, Saribas and Melanoege had defected from the king of Borneo and united themselves with the King of DJohor.[81]
Kalaka terus menjadi politi penting sehingga abad ke 19 walaupun dijajah oleh Kesultanan Brunei.  Seorang pegawai Inggeris bernama John Hunt yang pernah melawatnya pada tahun 1812 menulis:
“ …  it is the principal port of trade south of the capital, and the mart of Sadong country:  here much grain is produced, one hundred pikuls of black birds’ nest, two hundred pikuls of wax, some gold, pepper, camphor, but the tin mines, before mentioned, are utterly neglected.” [82]
R. Logan yang menulis pada awal abad yang sama mengatakan bahawa Kalaka juga menjual mutiara.[83]   
Rumusan                 
Sejak abad ke-7 sudah muncul beberapa negeri-negeri kota-pelabuhan di dalam apa yang dicadangkan sebagai kawasan kebudayaan Sarawak.   Negeri-negeri ini terus wujud dan penting walaupun pernah dijajah oleh Brunei dan Majapahit.  Penjajahan Brunei yang begitu lama tidak boleh dinafikan tetapi pengaruh Brunei itu tidak merobah kesemua aspek kehidupan dan tidak juga menjadi sebahagian daripada kebudayaan Brunei.  Negeri ini tetap menjadi politi yang tersendiri dan mempunyai aspirasi tersendiri walaupun memancarkan ketamadunan Melayu dalam keupayaan mendirikan negeri dan mentadbir negeri mengikut panduan kitab-kitab Melayu utama seperti Tajul al-Muluk dan Taj al-Salatin sehigga memungkinkan wujudnya the Malay Mediterranean.

     *


[1] Sanib Said, “In Search of Lost Tribes and Manuscripts:  Archival Research in Sarawak”, Sarawak Gazette, Kuching, Sarawak,1993 dan “The Race Against Time and Space:  Oral History in Sarawak”, International Conference on Oral History, Arkib Negara Malayisa, Kuala Lumpur,1993.
[2] Saya telah cuba mengetengahkan pendekatan seperti ini, lihat Sanib Said, “Early Port-Cities of Sarawak:  Formation of Sarawak’s Polity”, Borneo Research Council Conference, Kuching, Sarawak, 1993 The History of Sarawak:  Where Do We Begin?,  Sarawak Museum Journal, 1999, hal. 211-255; “Pensejarahan Sarawak: Memperbaharui Makna Lama”, Seminar Sejarah Sarawak, anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, Kuching, September 2006.  Prof. Abdul Halim Ali yang mengesan saya telah menggunakan konsep seperti cultural zones yang diperkenalkan oleh Fernand Braudel yang saya pelajari semasa mengambil kursus teori dan sejarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1976, sekadar sebagai rekod untuk sumber rujukan.
[3] Sejarawan memahami konsep negara-bangsa berlainan dengan apa yang fahami oleh saintis politik dan saintis sosial.  Sejarawan mengaitkan konsep ini dengan sejarah nasionalisme di Eropah, contohnya lihat Hans Kohn, Craig J. Calhoun,The idea of nationalism: a study in its origins and background Edition 60, reprint,Transaction Publishers, 2005;  E. Kedourie, Nationalism, Wiley Blackwell, London,1993 dan Anthony H. Birch,  The concepts and theories of modern democracy, Taylor and Francis, 2007. Natio dari perkataan Latin bererti "that which has been born", lahir berdarah seseuatu race dan sememangnya diterjemahkan sebagai “bangsa” seperti konsep “negara-bangsa”, negara adalah “ruang” dan bangsa adalah “penduduk sedarah”.  Perbezaan ini boleh dilihat di Malaysia, contohnya, J. Ongkili, Nation-building in Malaysia, 1946-1974, Oxford University Press, 1985;  Noraini Othman et al,Sharing the Nation, SRID, Petaling Jaya, 2008 dan Lee Kam Hin et al (Ed.), The Chinese in Malaysia and Nation-Building, Oxford University Press, 2000.
[4]  F. Braudel & S. Reynolds. 1975. The Mediterranean and the Mediterranean world in the age of Philip II. 2 vols. London: Fontana.
[5] F. Braudel, The Identity of France People and Production, vol. 1, HarperPerrenial, University of Michigan, USA, 1992, hal. 17.
[6] Jolokan ini adalah sempena nama sejarawan Leopold vo Ranke, bapa aliran modenisme, yang sangat berpengaruh semenjak abad ke-19 lagi.  Contohnya lihat K. Jenkins, Re-thinking history, Routeledge, London, 2003; B. Southgate, What is History For?, Routeledge, n.d.
[7] Lihat H. Sutherland, “Southeast Asian History and the Mediterranean Analogy”,Journal of Southeast Asian Studies, 34 (1), pp 1-20 February 2003, hal. 1-20.  Beliau memberi rumusan dan ulasan mengenai penggunaan konsep ini dalam historiografi sejarah Asia Tenggara.
[8] A. Reid, Southeast Asia in the Age of Commerce, 1450-1660, 2 Jilid, Yale University Press, USA,1990
[9] Denys Lombard, Le carrefour javanais, École des Hautes Études en Sciences Sociales, 1990 disebut dalam H. Sutherland, op cit., hl. 13. Telah diterjemah ke Bahasa Indonesia dengan judul, Silang Budaya Jawa, 3 Jilid, Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 1996.
[10] K. H. Chaudhuri, Trade and civilisation in the Indian Ocean: An economic history from the rise of Islam to 1750 , Cambridge: Cambridge University Press, 1985, disebut dalam H. Sutherland, op cit. hal. 3.
[11] R. Wong, “Entre monde et nation. Les régions braudéliennes en Asie”, disebut dalam H. Sutherland, op cit., hal. 14.
[12] A. Reid (Ed.), 1993, Southeast Asia in the Early Modern Era, Cornell Uni. Press, Itahca, USA, hal. 3.
[13] ‪Paul H. Kratoska, ‪Remco Raben, ‪Henk Schulte Nordholt (E.), Locating Southeast Asia: geographies of knowledge and politics of space, Issue 111 of Southeast Asia series, Ohio RIS Southeast Asia Series, Singapore University Press, 2005.
[14] Ruth T. McVey, “Afterword:  In Praise of the Coelacanth’ Cousin”, dalam P. Kratoska, Ibid., hal. 308.
[15] Lynda N. Shaffer (1996), Maritime Southeast Asia to 1500, M.E. Sharpe, New York, hal. 12.
[16] Alfred R. Wallace, 1869, The Malay Archipelago, Periplus Edition (2008), Singapore, hal.?.
[17] L. Andaya, Border crossing the borders of Malaysian History dalam Malaysian History from Dutch Sources, Arkib Negara Malaysia, 2005.
[18] Wolters, O. W. 1970. The fall of ÅšrÄ«vijaya in Malay history. Cornell University Press. hal. 39-41.
[19] ESS, singkatan untuk Era Sebelum Sekarang, ialah terjemahan dari BCE, singkatan untuk Before Current Era, yang kini telah diterima umum bagi menggantikan pentarikhan AD (Anno Domini) dan BC (Before Christ) dalam usaha mengelakkan kecondongan agama.
[20] R. Nicholl, “Brunei Rediscovered:  A Survey of Early Times”, BMJ, IV, 1980, hal. 52-74.
[21] Awang Muhamad Jamil Al-Sufri, Catatan Perwira
[22] Komunikasi dengan sahabat Lun Bawang dan Kelabit di Lawas, daerah sendiri. Lihat Bilcher Bala, Thalassocracy:  A history of the medieval Sultanate of Brunei Darussalam, School of Social Sciences, Universiti Sabah, Kota Kinabalu, 2005, hal. 67.
[23] Di Borneo, khususnya Sarawak, apa bila disoal siapa Melayu, dijawab “Dayak masuk Islam”.  Dari segi sejarah ini mungkin tidak tepat; soalan yang salah. Sebaliknya ditanya siapa Dayak dan dijawab “Melayu yang tidak masuk Islam”, kerana pada sejarah awal semua adalah Melayu dan semua Hindu dan belum masuk Islam.
[24] Sanib Said, Introduction:  A Survey of Works on Malay-Jawi Manuscripts in the Eastern Malay Archipelago, dalam The Sarawak Museum, Malay Historical Writings, Sarawak Museum, Kuching, 2005, hal. 1-12.
[25] Saya telah menjalankan penyelidikan manuskrip Melayu di Sarawak dan telah membuat ulasan mengenai perkara ini, sila lihat, Ibid.  Juga lihat
[26] Lihat kamus Arab.
[27] Johannes L. Kurz, Boni in Chinese Sources: Translation of Relevant Texts form the Song to the Qing Dynasties, Working Paper No. 4, Institute of Southeast Asian Studies (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, July 2011).
[28] Ibid.
[29] Amin Sweeney, Text B;.  Lihat juga H. R. Hughes, “A Sketch of the History of Brunei” in Cheah Boon Kheng (E.), Papers Relating to Brunei, JMBRAS, Kuala Lumpur, 1998, hal. 29.  Lima buah negeri yang disebut ialah Kalaka, Saribas, Sadong, Semarahan dan Sarawak.  Susunan nama negeri dilihat dari ibu kota Brunei di sebelah timur.
[30] Ibid. hal. 97.
[31] Ibid., hal. 29.
[32] Slamet Muljana, Tafsir Sejarah:  Nagarakertagama, LKIS, Jakarta, Indonesia, 2006, hal. 346.
[33] Mohammad Tahir bin Abdul Ghani, Haji, Hikayat Datuk Merpati, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989.
[34] Ibid., hal. 76.
[35] Ibid., hal. 88-89.
[36] Ibid., hal.96.
[37] Widji Saksono, Mengislamkan Tanah Jawa Telaah atas Metode Dakwah Walisongo, Penerbit Mizan, Bandung, 1996.
[38] Tom Harrisson, “Gold and Indian Influences in West Borneo”, JMBRAS,XXII, Pt. 4, 1949, hal. 34.
[39] Ibid.
[40] T. Harrisson and Carla Zainie, “Early Chinese Stonewares Excavated in Sarawak, 1947 – 1967:  A Suggested First Basic Classification”, SMJ, XV, hal. 30;  Lucas Chin, “Trade Pottery Discovered in Sarawak from 1948 – 1969”, XXV, 1975, 1-7, with R. Nyandoh, “A Progress Report on Archaeological Work at Gedong”, SMJ, XVII, 1969, hal. 80-88.
[41] W.G. Solheim, “The Prehistoric Earthenware Pottery of Tanjong Kubor, Santubong”, SMJ, XII, 1965, hal. 3.
[42] Carla Zainie dan T. Harrisson, Ibid.
[43] T. Harrisson dan S.J. O’Oconner Jr., “The Prehistoric Iron Industry in the Sarawak River Delta:  Evidence by Association”, SMJ, XVI, 1968, hal. 3.
[44] Ibid.
[45] O.W. Wolters, The Fall of Srivijaya in Malay History, OUP, London, hal. 35, nk. 3.
[46] Adalah dicadangkan bahawa Muzium Sarawak meluaskan aktivitinya di Pulau Talang-Talang ini, selain daripada menjaga penyu, kepada aktiviti arkeologi.
[47] Jan Wisseman Christie, “On Po-ni:  The Santubong Sites of Sarawak”, SMJ,XXXIV, 1985, hal. 82.
[48] Ibid.
[49] Tom Harrisson, ibid., Lucas Chin, ibid., W.G. Solheim, ibid.
[50] Carrie Brown, “The Eastern Ocean in the Yung-lo Ta-Tien”, BMJ, IV, 1978, hal. 46 – 58.
[51] Ibid., hal. 50.
[52] Ibid.
[53] www.wikipedia.org, akses 2 November 2011.  Tafsiran seperti ini biasa terdengar di kedai kopi.
[54] Th. Pigeaud, Java in the Fourteenth Century:  A Study in Cultural History, The Hague, IV, 1960 – 63, hal. 29 – 35.
[55] Robert Nicholl, op cit
[56] T. Harrisson, ibid.
[57] T. Pigeaud, ibid.
[58] O.W. Wolters, opcit., hal. 190.
[59] Lucas Chin, “Trade Pottery Discovered in Sarawak from 1948 to 1978”, op cit., hal. 4.
[60] Ibid., hal. 6.
[61] Ibid., hal. 4.  Maklumat mengenai Bukit Berhala seterusnya adalah dari sumber yang sama.
[62] Ibid., hal. 6.
[63] Ibid., hal. 5.
[64] Ibid.
[65] Ibid.
[66] Th. Pigeaud, op cit.
[67] Syair ini telah ditemui semula pada tahun 2005 melalui dua versi salinan yang sedang dikaji untuk keperluan pasca-siswazah.
[68] C. Brooke, Ten Years, 2 vol, OUP Reprint, hal. 156.
[69] Keraguan di sini timbul mengenai lokasi Malano kerana ia juga mungkin di Tg. Melano jauh di sebelah barat Sungai Rejang.  Ia juga mungkin bukan merujuk kepada suku kaum yang kita kenali sekarang, tetapi nama tempat.
[70] J.L. Moens, opcit.
[71] Carrie Brown, op cit.
[72] Sejauh yang saya ketahui belum ada pihak yang cuba membuat kajian arkeologi di kawasan ini, termasuk pihak Muzium Sarawak, lihat Lucas Chin, op cit.
[73] Dipetik oleh R. Logan, “Notices of European Inter-course with Borneo”.
[74] R. Nicholl, European Sources for the History of Brunei in the Sixteenth Century, Brunei Museum, 1975, hal. 23.
[75] Translitrasi oleh P.L. Amin Sweeney dalam JMBRAS, xxxxi, 1968, hal. 52.
[76] Ibid.
[77] Ibid.
[78] Ibid., hal. 82.  Beliau membuat salinan di Sandakan, Sabah pada tahun 1936.
[79] P.L.Amin Sweeney, op cit., hal. 65 – 66.
[80] Kisah Raja Tengah, raja Sarawak, boleh juga dirujuk dalam silsilah Raja-Raja Sambas, lihat E. Kratz, “Silsilah Raja-Raja Sambas As A Source of History”, Archipel,20, 1980, hal. 258.
57   Dipetik dalam R. Logan, op cit.
[81] Laporan Valentyn, Oud en Niew Oost Indie dan diterjemahkan dalam S.A. Dovey, Valentjn’s Borneo”, BMJ, IV, 1978, hal. 85.  Lihat juga R. Logan, op cit. dan Jamil Umar, Chatatan Sejarah Perwira2 dan Pembesar2 Brunei, DBP, Brunei, 1973, hal. 28.
[82] J. Hunt, “A Sketch of Borneo or Pulo Kalimantan”, hal. 57.
[83] R. Logan, op cit.