Sarawak Di Bawah Pemerintahan Brooke (
1841—1941 )
Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran bab ini,
anda
seharusnya dapat:
- Menerangkan bagaimana Sarawak
diserahkan kepada James Brooke.
- Menerangkan bagaimana keluarga
Brooke mengambil wilayah kesultanan Brunei.
- Menyenaraikan perubahan
pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pemerintahan Brooke.
- Mengambil iktibar dan berasa
bangga dengan sumber ekonomi negara kita yang menarik kedatangan kuasa
barat.
Ringkasan
Bab ini menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil dan memerintah Sarawak. Kekayaan Sarawak menjadi pendorong kepada James
Brooke
untuk mengambil Sarawak. Pada tahun 1839, Sarawak yang dimaksudkan dengan
kawasan di sekitar Kuching, adalah wilayah kesultanan Brunei. Ia berada di
bawah kawalan Pangeran Mahkota. Sarawak menjadi bertambah penting kerana
perniagaan antimoni yang dilombong di Bau. Perniagaan kawasan ini dengan
Singapura amat maju. Pemerintahan Pengeran Mahkota yang kejam mencetuskan
pemberontakan. Raja Muda Hashim dari Brunei meminta bantuan daripada Brooke;
dan pemberontakan tersebut dapat ditumpaskan. Kesultanan Brunei yang lemah, dan
kekuatan persenjataan Inggeris, membolehkan James Brooke mendapat apa yang
dikehendaki, iaitu menjadi Raja Sarawak. Keluarga Brooke meluaskan kuasa dengan
mengambil wilayah Brunei yang lain. Pemerintahan keluarga Brooke telah membawa
beberapa perubahan kepada sektor ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun
perubahan yang diadakan itu adalah terhad dan lebih menguntungkan pihak luar
terutamanya British.
Negeri Sarawak pada tahun 1840
Pengenalan
Sarawak ialah sebuah negeri di Malaysia Timur yang juga
dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Sarawak juga merupakan sebuah negeri yang kaya
dengan kebudayaan pelbagai etnik bumiputera. Sarawak berada di bawah pengaruh
Kesultanan Brunei pada kurun ke-16. Kerajaan Brunei tidak terlibat secara
langsung dalam pentadbiran di Sarawak. Pembesar-pembesar Melayu tempatan
dilantik mentadbir Sarawak. Pada 1827, Pangeran Mahkota dilantik memerintah
Sarawak oleh Sultan Brunei. Perlantikan ini menyebabkan pentadbiran
pembesar-pembesar Melayu tempatan berakhir.
Negeri Sarawak sekarang
Tujuan
Sultan Brunei adalah mahu menguasai ekonomi Sarawak yang semakin berkembang
akibat pengeluaran antimoni dan emas. Kedua-dua sumber ekonomi itu dieksport ke
Singapura. Perdagangan kedua-dua sumber ekonomi itu membawa keuntungan yang
banyak kepada pembesar-pembesar Melayu tempatan.
Pemberontakan di
Sarawak (1836 - 1841)
Pembesar-pembesar Melayu Sarawak dan orang Dayak menentang
pemerintahan Pangeran Mahkota. Mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya
kerana baginda mengambil alih semua tugas pentadbiran dan kekuasaan pembesar-
pembesar Melayu Sarawak. Pangeran Mahkota juga menguasai pengeluaran dan
perdagangan antimoni dan emas. Baginda memaksa orang Bidayuh bekerja di
lombong-lombong antimoni tanpa upah. Beliau memaksa orang Bidayuh membeli
barangan daripadanya dengan harga yang tinggi dan menjadikan anak isteri orang
Bidayuh hamba abdi apabila hutang tidak dapat dijelaskan. Akibatnya telah
meletus satu pemberontakan. Pemberontakan ini telah dipimpin oleh seorang
pembesar Melayu Sarawak, Datu Patinggi Ali.Pemberontakan ini gagal ditumpaskan
oleh Pangeran Mahkota. Pada 1837, Pangeran Muda Hashim dihantar oleh Sultan Brunei
bagi memulihkan keadaan di Sarawak tetapi gagal. Pada tahun 1939, James Brooke
iaitu seorang pengembara British sampai ke Sarawak dengan kapalnya Royalist.
James telah dijanjikan jawatan Gabenor Sarawak sekiranya dapat mengamankan
Sarawak. Beliau dan angkatan tenteranya berjaya menamatkan pemberontakan
tersebut pada 1841. Sarawak kembali aman pada 24 November 1841 dan James Brooke
dilantik menjadi Gabenor Sarawak seperti yang dijanjikan. Beliau diberi kuasa
menjalankan pentadbiran di Sarawak sebagai wakil Sultan Brunei.
Perlantikannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 1842. James Brooke bersetuju membayar ufti tahunan sebanyak $2,500 kepada Sultan Brunei. Melalui perjanjian tersebut, James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1846, Sarawak diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Brunei. Wilayah Sarawak tersebut meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong.
Perlantikannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 1842. James Brooke bersetuju membayar ufti tahunan sebanyak $2,500 kepada Sultan Brunei. Melalui perjanjian tersebut, James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1846, Sarawak diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Brunei. Wilayah Sarawak tersebut meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong.
Peluasan Kuasa
Keluarga Brookedi Sarawak
Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke berusaha untuk menjadi pemerintah Sarawak yang merdeka. Beliau meminta bantuan angkatan laut
British
untuk mengukuhkan kedudukannya. Beberapa petempatan orang Iban dan Melayu yang
dianggap berbahaya dimusnahkannya. Pangeran Mahkota dipaksa keluar dari
Sarawak. Pangeran Muda Hashim pula dihantar balik ke Brunei. Akibatnya pada
1846, Sultan Brunei atas hasutan pembesar-pembesar istana cuba menghapuskan
James Brooke. Sultan Brunei terpaksa mengakui James Brooke sebagai pemerintah
Sarawak yang merdeka. Baginda juga menyerahkan Pulau Labuan kepada James
Brookeyang merupakan pengasas pemerintahan Raja Putih di Sarawak.
Beliau digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke (1868-1917). Raja Brooke
terakhir ialah Vyner Brooke (1917-1946).
Pentadbiran
Charles Brooke
Charles Brooke ialah anak saudara James Brooke. Beliau
mengambil alih pentadbiran Sarawak pada 1868. Beliau menubuhkan Majlis Negeri
untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam
pentadbiran. Di bawah pentadbiran Charles Brooke, Sarawak dibahagikan kepada
lima bahagian. Seorang Residen mengetuai setiap bahagian. Mereka
bertanggungjawab secara langsung kepada Raja Sarawak. Residen dibantu oleh
seorang pegawai tempatan (Pegawai Anak Negeri). Pegawai Anak Negeri ini berasal
dari keluarga pembesar tempatan dan bertanggungjawab menasihati Residen,
mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan. Perluasan wilayah Sarawak
juga berlaku semasa pentadbiran Charles Brooke. Wilayah Sarawak diperluaskan ke
kawasan-kawasan Sungai Baram, Trusan, Limbang dan Lawas. Charles Brooke
menggalakkan penanaman lada hitam, gambir, sagu dan getah serta perlombongan
antimoni, emas dan arang batu. Beliau juga berjaya menamatkan amalan perhambaan
dan pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi. Tindakannya ditentang oleh
orang Dayak, namun Charles Brooke berjaya mematahkannya.
Pentadbiran
Charles Vyner Brooke
Charles Vyner Brooke menggantikan Charles Brooke. Beliau
merupakan Raja Sarawak yang ketiga dan terakhir serta tidak begitu berminat
memerintah Sarawak. Sewaktu berada di England, beliau menyerahkan pentadbiran
Sarawak kepada pegawai-pegawainya dan pembesar-pembesar tempatan. Pada 24
September 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran Brooke di Sarawak,
Charles Vyner Brooke memperkenalkan sebuah perlembagaan bagi Sarawak. Charles
Vyner Brooke ingin mengubah sistem kerajaan Sarawak dengan memberi penduduk
tempatan kuasa yang lebih dalam pemerintahan negeri. Sebelum perlembagaan ini
diperkenalkan, raja-raja Sarawak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal
undang-undang dan mengawal kerajaan. Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya
kepada Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi. Majlis Negeri (Majlis Perundangan)
boleh membuat undang-undang bagi menjamin keselamatan dan kestabip>
Negeri Sarawak sekarang
Perubahan di
Sarawak di Bawah PemerintahanKeluarga Brooke (1841-1941)
Kerajaan
Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan
Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Beberapa perubahan telah
berlaku dalam pentadbiran. Antara tahun 1841 hingga 1905, James Brooke dan
Charles Brooke telah meluaskan beberapa wilayah Kesultanan Brunei. Wilayah
Sarawak semakin luas. Pemerintahan keluarga Brooke dibantu oleh Majlis
Tertinggi yang pada peringkat awalnya dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen
Bahagian Pertama dan pembesar tempatan. Bendera pertama negeri Sarawak
diperkenalkan pada tahun 1848 Sarawak telah dibahagikan kepada lima kawasan
iaitu Bahagian Pertama, Bahagian Kedua, Bahagian Ketiga , Bahagian Keempat dan
Bahagian Kelima. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen. Residen dibantu
oleh Penolong Residen, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak
Negeri dan Ketua Kampung (Tuai Rumah).
Semasa
pemerintahan keluarga Brooke, sistem pemerintahan tradisional dikekalkan.
Pembesar-pembesar Melayu yang disingkirkan oleh Pangeran Mahkota dahulu
dilantik semula termasuklah Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bandar dan
Datu Imam. James Brooke memperkenalkan pemerintahan monarki dan melalui sistem
ini raja berkuasa mutlak.Beliau juga berusaha menamatkan amalan pemburuan
kepala dan perhambaan. Satu kod undang-undang diperkenalkan untuk menjaga
keamanan negeri. James Brooke berjaya menghapuskan pusat kegiatan lanun di
Saribas, Rimbas dan Batang Baru pada tahun 1850. Ketika Sarawak dalam
pemerintahan Charles Brooke, beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi
peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran.
Kegiatan ekonomi sektor pertanian diubah daripada pertanian sara diri kepada
pertanian dagangan.
Perubahan Ekonomi
dan SosialPerubahan Ekonomi
Ketika pemerintahan keluarga Brooke, kegiatan pertanian sara
diri telah bertukar menjadi pertanian dagangan. Tanaman tradisional seperti
lada hitam, sagu dan gambir ditanam secara meluas untuk tujuan eksport. Sagu
ditanam oleh orang Melanau di kawasan Mukah dan Oya. Pada kurun ke-19, sagu
merupakan antara eksport utama Sarawak. Lada hitam banyak ditanam di Bahagian
Pertama, terutamanya di sekitar Kuching. Ramai orang Cina memasuki Sarawak
untuk mengusahakan tanaman lada hitam, gambir dan getah. Sarawak merupakan
pengeksport kedua terbesar lada hitam dunia pada tahun 1937. Tanaman kelapa
diusahakan oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Kedua. Pada 1905, getah
mula ditanam di Sarawak. Pada kurun ke-20, getah yang ditanam oleh
pekebun-pekebun kecil menjadi bahan eksport utama Sarawak. Satu lagi tanaman
baru yang diperkenalkan di Sarawak ialah tanaman tembakau. Tembakau ditanam di
Lundu. Perusahaan kayu balak yang dikuasai oleh orang Cina diusahakan di
kawasan pedalaman dan hutan di sepanjang pantai.
Sehingga 1870-an, perlombongan antimoni penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Usaha mencari gali minyak dijalankan oleh Syarikat Borneo. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri. Minyak ditapis di kilang-kilang penapis minyak di Lutong. Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang banyak kepada Sarawak. Charles Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo melibatkan diri dalam pertanian dan perlombongan untuk menjaga kepentingan penduduk tempatan.
Sehingga 1870-an, perlombongan antimoni penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Usaha mencari gali minyak dijalankan oleh Syarikat Borneo. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri. Minyak ditapis di kilang-kilang penapis minyak di Lutong. Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang banyak kepada Sarawak. Charles Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo melibatkan diri dalam pertanian dan perlombongan untuk menjaga kepentingan penduduk tempatan.
Pendidikan
Perubahan
sosial turut berlaku di Sarawak kesan daripada perkembangan ekonominya. Walau
bagaimanapun, perubahan-perubahan tersebut tidak banyak memanfaatkan penduduk
tempatan. Dalam bidang pendidikan, pemerintahan Brooke telah memperkenalkan
sistem pendidikan Melayu. Sekolah rendah Melayu turut ditubuhkan tetapi taraf
pendidikannya rendah. Oleh itu, pendidikan Melayu ketinggalan. Pemerintahan
Brooke memberi bantuan kepada sekolah Inggeris. Kebanyakan daripada sekolah
Inggeris didirikan oleh mubaligh- mubaligh Kristian. Orang-orang Cina pula
mendirikan sekolah-sekolah Cina dengan menggunakan buku dan sukatan pelajaran
dari negara berkenaan.
Perhubungan
Dari
segi perhubungan, sistem pengangkutan darat, air dan udara di Sarawak turut
diperbaiki.terutama di sekitar bandar Kuching. Bandar Kuching telah bertukar
wajah menjadi bandar diraja dan pusat pentadbiran Brooke yang dilengkapi dengan
kemudahan asas. Bangunan-bangunan bercirikan barat telah didirikan dan dianggap
sebagai anak pelabuhan Singapura. Jalan raya dan landasan kereta api juga
dibina . Pengangkutan air diperluaskan dengan beberapa syarikat perkapalan
memulakan perkhidmatannya di Kuching. Selain itu, perkhidmatan pos, telegraf
dan telefon turut diperkenalkan. Untuk memastikan penduduk mendapat rawatan
kesihatan yang sewajarnya maka hospital-hospital didirikan di bandar-bandar
seperti Kuching dan Sibu.
Sarawak
Rangers ditubuhkan sebagai langkah untuk memastikan keamanan Sarawak
terpelihara. Masyarakat majmuk wujud di Sarawak berikutan kemasukan ramai
imigran. Beberapa bandar baru seperti Miri dan Sibu berkembang selepas
kedatangan orang Cina. Ekonomi Sarawak telah dikuasai oleh orang Cina.
Raja-raja Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk menjaga kepentingan
dinasti mereka. Setiap kaum diberi peranan tertentu . Orang Melayu diberikan
peranan utama dalam bidang pentadbiran. Orang Iban diberikan peranan dalam
bidang ketenteraan. Orang Cina pula hanya boleh melibatkan diri dalam bidang
ekonomi.
Sejarah awal Brunei
Para pengkaji sejarah telah
mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan
Brunei kini,
yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan
orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini
wujud di muara Sungai Brunei seawal abad
ke-7 atau ke-8.
Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masehi dan
seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina.
Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar
Majapahit yang
berpusat di pulau Java tetapi berjaya membebaskan dirinya dan
kembali sebagai sebuah negeri yang penting.
Empayar Brunei melalui zaman
kegemilangannya dari abad
ke-15 hingga abad
ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo
dan ke Filipina di sebelah utaranya. Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada
zaman pemerintahan Sultannya yang keenam iaitu Sultan
Bolkiah (TM 1485
- 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah
seketika menakluki Manila; dan
pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun
atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.
Selepas zaman Sultan Hassan,
Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan
perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa
penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan
tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara
yang lain. Pada tahun 1839,
pengembara Inggeris bernama James
Brooke tiba di
Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan,
beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak di Barat Laut Borneo sebelum meluaskan kawasan
di bawah pemerintahannya.
Pada masa yang sama, Syarikat
Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di Timur Laut Borneo. Pada
tahun 1888, Brunei
menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan
kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan
British. Pada tahun 1906, Brunei
menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif
dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan
dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan
dan agama.
Pada tahun 1959, Brunei
mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu
hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab
British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku
pemberontakan oleh parti pembangkang iaituParti Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini
berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei
ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk
bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak, dan Tanah
Melayu untuk
membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu
bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.
Pada 1967, Sultan Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda
sulung badinda, Hassanal
Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi
Menteri Pertahanan Setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh. Sultan Omar Ali Saifuddin disampiri gelaran Paduka Seri Begawan Sultan ketika baginda turun daripada takhta
kerajaan. Pada tahun 1970, pusat
pemerintahan negeri Brunei
Town, telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk
mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986.
Pada 4
Januari 1979, Brunei
dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian
Kerjasama dan Persahabatan. Pada Januari
1, 1984, Brunei
Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.
JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-321-606-847 TRIMAH KASIH
ReplyDeleteSaya nak tya....tuan penulis menulis disana James Brooke dtg ke Sarawak tahun 1939,tp dia berjaya menamatkan pberontakan tahun 1841 dan menandatangani perjanjian dgn Sultan Brunei untuk mbayar ufti $2500 thn 1842
ReplyDelete