Sunday, 29 July 2012

KUBU ALICE


Penempatan semula kubu Alice ke Simanggang telah memperkuatkan lagi kedudukan Raja Brooke di kawasan Batang Lupar kerana ia adalah lokasi yang strategik untuk mengawal pergerakan dari sungai Skrang dan Batang Ai dan  juga dijadikan pusat pentadbiran. Para pentadbir yang ditempatkan di Kubu Alice terdirilah daripada seorang pegawai tempatan (Native Officer) yang juga ketua tempatan yang berpengaruh di samping setia kepada Rajah dan juga anggota separa tentera.
Pada Januari 1873, Pemerintah Rajah Brooke telah menubuhkan tiga Residensi:
1.    Residensi Pertama-Bahagian Kuching
2.    Residensi Kedua-Bahagian Sri Aman
3.    Residensi Ketiga-Bahagian Sibu
Residensi keduatelah ditempatkan di Kubu Alice sebagai pejabatnya. Penubuhan Kubu dan Pemerintahan di Simanggang amatlah berkesan untuk menamatkan pemberontakan di kawasan Batang Lupar. Sehubungan dengan itu dua Perjanjian Damai Dayak yang bersejarah telah pun diadakan pada 4 Ogos 1920 dan juga pada 1 Februari 1924.
Dua alat perisai itu adalah simbol kepada sejarah perjuangan panglima agung kaum Iban iaitu Rentap.
Dinaik taraf sebagai Bahagian pada 26 Mac 2002, bandar Betong dipilih sebagai pusat pentadbiran Bahagian. Nama Bahagian Betong telah dipilih mengikut nama bandar pusat pentadbiran itu.
Kawasan pentadbiran bahagian baru itu merangkumi daerah Saratok dan daerah Betong yang diperluaskan sehingga ke daerah Kecil Maludam, yang dahulunya berada di bawah pentadbiran daerah Sri Aman.
Betong sebuah penempatan yang penting dari segi sejarah negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.
Tempat dan bangunan bersejarah seperti kubu masih dapat dilihat hingga ke hari ini dan ada yang masih digunakan.
Bukit Sadok, yang terkenal dengan peristiwa Pertempuran Bukit Sadok, pernah menyaksikan tiga pertempuran besar di antara Pemerintahan Rajah Brooke dengan Panglima Rentap yang mendapat gelaran Raja Pendalaman pada tahun 1857 hingga tahun 1861.

Saturday, 14 July 2012

SRI AMAN


1.0 Lokasi dan latar belakang Kubu Alice
Kubu Alice terletak di daerah Sri Aman, Sarawak. Ia terletak tidak jauh dari Bandar Sri Aman.
Kubu Alice merupakan sebuah bangunan yang bertingkat dua dan berbentuk segi empat. Saiz bangunan Kubu Alice ialah lebih kurang 67m panjang dan 60m lebar. Kubu ini dicat dengan warna putih dan dibina dengan sejenis kayu yang sangat keras di Sarawak pada masa itu.
Di belakang bangunan Kubu Alice terdapat sebuah tanah lapang yang menunjukkan ke Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Di cerun bukit, terdapat sebuah pintu pagar yang besar. Di sebelah kiri dan kanan bangunan terdapat sebuah menara tinggi.
Di sekeliling kubu ini telah disediakan meriam-meriam besar yang mengelilingi kubu ini. Ini adalah untuk berperang dengan musuh tempatan pada masa itu.

2.0 Sejarah Bangunan
Kubu Alice yang terdapat di Bandar Sri Aman adalah dibina di atas bukit di tebing Sungai Batang Lupar. Itulah satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di bahagian Sri Aman. Ia adalah salah satu bangunan yang tertua di Sarawak. Ia telah diistiharkan sebagai bangunan bersejarah pada 10 Februari 1971.
Pembinaannya adalah kira-kira 12 bulan. Kubu Alice ini dibina oleh orang tempatan. Semua pembelanjaan dibiayai oleh Charles Brooke. Jarak Kubu Alice dari Bandar Sri Aman adalah kira-kira 500m. Semua peralatan untuk membina Kubu Alice adalah dibawa dari muara Sungai Batang Skrang.
Kubu Alice asal sebagai Kubu James. Ia dibina pada tahun 1849 di daerah Skrang. Disebabkan kedudukan yang begitu strategik, Charles Brooke telah memindahkan kubu tersebut pada tahun 1864 ke tempatnya sekarang. Ia kemudiannya dinamakan Kubu Alice. Ia mengambil sempena nama isterinya, Ranee Margaret Alice yang dibina di Simanggang, pada tahun 1970. Wang sebanyak RM1,011,111 digunakan untuk pembinaan bangunan bersejarah itu.


3.0 Sebab Bangunan Dibina
Bangunan Kubu Alice terletak di sebelah kiri madek (1849). Kubu tersebut dikenali sebagai Kubu James. Kubu Alice dibina di Sri Aman pada masa dahulu adalah untuk menggantikan sebuah kubu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran, pusat pertahanan, mahkamah, penjara atau hospital.
Bangunan Kubu Alice berperanan menjadi pusat pertahanan. Ia dibina di atas anak bukit. Ini untuk mengawasi laluan, perhubungan sama ada dari hulu atau hilir Sungai Batang Lupar. Ia senang mengebom kapal-kapal yang serang melalui belok Sungai Batang Lupar dengan adanya kedudukan yang strategik tersebut.
Kubu Alice adalah sebagai pusat pentadbiran semasa pemerintahan kerajaan Brooke. Sistem pentadbiran Mornaki telah diperkenalkan. Dalam sistem pentadbiran Mornaki itu, Raja Putih majlis tertinggi dan majlis negeri, seterusnya diikuti dengan Residen. Di bawah Residen akan dibantu oleh Pegawai Anak Negeri. Tugas Pegawai Anak Negeri adalah untuk memungut cukai, menasihati Residen dan mengetuai gerakan tentera.
Bangunan Kubu Alice juga berperanan sebagau mahkamah. Dalam mahkamah ini, Charles Brooke mengendalikan kes membunuh dan mencuri, manakala kes-kes biasa seperti kes berhutang dan kes bergaduh dikendalikan oleh kakitangan kerajaan.
Di tingkat bawah Kubu Alice merupakan sebuah penjara. Ia berfungsi sebagai tawaran musuh. Kerajaan Brooke membina penjara ini khas untuk menempatkan pesalah-pesalah.

4.0 Keadaan Bangunan
Kubu Alice diperbuat daripada kayu belian derma. Kubu Alice mempunyai keluasan yang tidak ketahui. Ia mempunyai menara pada setiap sudutnya berwajah lima.
Dinding yang menghadap ke sungai mempunyai banyak tingkap. Ia menghampiri dengan lantai tingkap atas. Ini untuk memudahkan meriam untuk menembak sasaran di sungai. Di bahagian bawah sekali ialah kaca. Dawai dan atas sekali ialah papan belian kaca diletakkan di bawah sekali untuk tidak bagi orang penjara tidak dapat melarikan diri. Ruang tengahnya adalah luas dan mempunyai sebuah tangga dan boleh turun dan naik jika mempunyai serangan musuh. Pagar Kubu Alice adalah dibuat daripada besi yang amat tajam.
Bangunan Kubu Alice mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik keranan kedudukannya yang amat strategik. Bangunan Kubu Alice ini amat indah jika dipandang  pada waktu petang dengan bunga dan pokok yang lebat. Para pelawat yang kebetulan melintasi kawasan ini mungkin akan tertarik dengan bangunan bersejarah ini. Jadi Bangunan Kubu Alice akan menjadi terkenal di Bandar Sri Aman.

5.0 Kepentingan Bangunan Masa Kini
Kubu Alice merupakan salah satu tempat untuk semua orang berkunjung termasuk pelancongan dan luar negeri. Kubu Alice juga digunakan sebagai tempat pentadbiran dan sebagainya. Di samping itu, Kubu Alice juga merupakan tempat pelancongan.
Banguanan Kubu Alice juga merupakan salah satu daripada bangunan bersejarah yang terdapat di Sri Aman. Bangunan ini terletak berhampiran dengan Sungai Batang Lupar. Selain itu, ia juga mempunyai sejarah bangunan yang penting dan Kubu Alice juga merupakan tempat untuk orang ramai berehat  di tempat yang disediakan. Dengan adanya bangunan Kubu Alice ini, orang ramai akan dapat mengetahui sejarah bangunan Kubu Alice ini lebih teliti dan lanjut.

6.0 Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Segala keadaan yang ada pada bangunan sudah ada banyak perubahan dan juga ada yang sudah rosak. Contohnya yang ternyata sekali ialah semua barang yang telah rosak di dalam banguanan Kubu Alice telah ditukarkan dengan yang baharu.
Banguanan Kubu Alice dijaga dengan baik agar keadaannya tidak mudah rosak. Pihak yang berkuasa hendaklah menggantikan bahagian yang rosak kepada yang baharu.
Dari segi kawasan pula, ianya sentiasa dibersihkan sekali seminggu. Rumput-rumpai yang panjang dipotong agar keadaan sekeliling bangunan kelihatan bersih, cantik, dan menarik. Orang ramai juga tidak membuang sampah-sarap di merata-rata tempat berhampiran dengan Bangunan Kubu Alice. 


 Kubu Alice 


  Kubu Alice


  Kubu Alice


  Kubu Alice


  Kubu Alice


 Kubu Alice

Friday, 13 July 2012

SEJARAH KUCHING


Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Latar langit Kuching
Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti CinaMelayuBidayuhIbanMelanauOrang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.
Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia [1]. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794 517 orang. [2]
Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Sejarah

Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah Sarawak, seperti yang diceritakan melalui beberapa versi, perkataan Sarawak itu bererti serah kepada awak, yang mengikut hikayatnya semasa Awang Alak Betatarmendapatkan wilayah ini ia terbahagi kepada 5 bahagian ufti yang menganjur dari Lidah Tanah sehingga ke wilayah Kalaka sekarang. Konsep serah yang diamalkan oleh kerajaan Hujung Tanah di Temasik itulah yang memberi nama baru kepada wilayah 5 serangkai itu tadi menjadi Sarawak. Versi lain ialah apabila Pengiran Muda Hashim dari Bruneimenyerahkan wilayah-wilayah yang lima itu tadi kepada James Brooke yang melekatkan nama wilayah-wilayah itu menjadi Sarawak. Ada pula versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh melata di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil) dimana terdapat sebatang sungai kecil mengalir (Sungai Kuching) ke sungai Sarawak. Kini, sungai tersebut telah mengecil dan tertimbus akibat arus pembangunan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Akibat daripada pengaruh Islam yang berkembang pada kurun ke-15 dan 16 di wilayah-wilayah Majapahit, Kuching mula menerima pengaruh Islam yang disampaikan sendiri oleh beberapa pendakwah dari negara rantau Teluk yang singgah bersama-sama pedagang-pedagang Arab. Penduduk asal Kuching ialah masyarakat Bidayuh ataupun lebih dikenali sebagai masyarakat Dayak Darat dan Orang-orang Saribas yang mendiami dan mengawal kawasan-kawasan lembah di sekitar Sungai Sarawak dan Sadong di Samarahan serta masyarakat Melayu yang menjadi patron kepada dua masyarakat itu tadi.
Perkembangan yang berlaku pada abad ke-19 megubah wajah Kuching yang mengambil alih peranan Lidah Tanah sebgai pusat pentadbiran. Kuching diperintah secara langsung oleh wakil Sultan Brunei sebelum kedatangan Brooke.

[sunting]Senarai kawasan di Bandaraya Kuching

[sunting]Kuching Utara

[sunting]Kuching Selatan

SEJARAH SRI AMAN


SEJARAH SRI AMAN 

Kerajaan Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun dari 1841 hingga 1941. Untuk menstabilkan keadaan huru-hara akibat perang yang berleluasa di Sarawak pada ketika itu, Rajah Charles Brooke, pada 1 Jun 1873, membentuk tiga bahagian pentadbiran iaitu Bahagian Pertama (sekarang dikenali sebagai Bahagian Kuching), Bahagian Kedua (Sri Aman) dan Bahagian Ketiga (Sibu). 
Pentadbiran setiap Bahagian diketuai oleh seorang Residen sebagai wakil Rajah dan beliau dibantu oleh pegawai-pegawai daerah di peringkat daerah. 
Di samping itu, untuk mengukuhkan kuasa pentadbiran, kerajaan Brooke membina kubu-kubu di tebing-tebing sungai yang strategik. Pada tahun 1849, Kubu James sempena nama Rajah Sarawak yang pertama iaitu Sir James Brooke didirikan di Skrang, kira-kira lima batu ke hulu Sungai Batang Lupar selepas peperangan Beting Maru pada 31.7.1849. Namun begitu disebabkan tanahnya yang terlalu rendah menyebabkan sering berlaku banjir. Dalam tahun 1864, Kubu James telah dirobohkan dan kebanyakannya bahannya telah dipindahkan ke Simanggang (Sri Aman). 
Pada tahun 1864, kubu ini telah dibina semula di Simanggang (Sri Aman) dan kekal tidak bernama untuk beberapa tahun sehingga ketibaan Permaisuri Margaret Alice di Sarawak pada tahun 1870 dan akhirnya kubu tersebut diberi nama Kubu Alice, sempena nama Kristian Permaisuri yang kedua. Kubu Alice dibina di Simanggang (Sri Aman) adalah untuk mengawal pergerakan suku kaum sungai Skrang dan Batang Ai. 
Dengan kewujudan Kubu Alice di Simanggang (Sri Aman), Pemerintahan Brooke dapat melancar ekspedisi yang lebih berkesan terhadap pemberontak-pemberontak Iban di Ulu Batang Ai. Antara ekspedisi yang penting yang dilancarkan pada tahun-tahun berikutnya ialah Ekspedisi Ulu Ai Pertama pada Oktober 1875, Ekspedisi Ulu Ai Kedua (Disember 1875), Ekspendisi Kolera, Delok (9 Jun 1902), Ekspedisi Menyebat dan Engkari (4 Oktober 1902), Ekspendisi Ulu Ai, Pau (8 November 1902), Ekspedisi Menentang Delok (1 September 1908) dan ekspedisi terakhir sekali ialah Ekspedisi Ke Delok dan Jengin (2 November 1915). 
Penubuhan Kubu dan Perintah di Simanggang (Sri Aman) sangat berkesan dan berjaya menamatkan peperangan serta menjadi satu pusat kuasa yang penting bagi Rajah mengenakan kuasanya ke atas pemberontak suku kaum untuk tunduk dan menerima pentadbirannya. Biasanya bagi menandakan berakhirnya perang suku kaum, satu Majlis Perdamaian diadakan. Perjanjian Damai Dayak yang bersejarah diadakan di Simanggang pada 4 Ogos 1920 dan juga pada 1 Februari 1924. Sebagai tonggak kepada pentadbiran Bahagian dan Daerah Simanggang (Sri Aman), banyak Jabatan-Jabatan bagi pemerintahan Brooke telah ditempatkan bersama Residen dan Pegawai Daerah Simanggang. Pada 1 Jun 1873 sistem pentadbiran Residen untuk Bahagian Sri Aman ditubuhkan dan kemudiannya diikuti pula dengan penubuhan dan penempatan Pegawai-Pegawai Daerah Simanggang. Kemudian pada tanggal 21 Oktober 1973, nama Simanggang ditukar kepada Sri Aman selepas pengisytiharan Perjanjian Keamanan di antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan pengganas komunis. Penukaran nama ini dikuatkuasa melalui Swk. LN 42/80 of Part II of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980. Bagi memantapkan lagi sayap pentadbiran daerah, maka empat Pejabat Daerah ditubuh iaitu Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Lubok Antu, Pejabat Daerah Betong dan Pejabat Daerah Saratok termasuk sembilan Pejabat Daerah Kecil iaitu Pejabat Daerah Kecil Lingga, Pejabat Daerah Kecil Pantu, Engkilili, Pejabat Daerah Kecil Maludam, Pejabat Daerah Kecil Debak, Pejabat Daerah Kecil Spaoh, Pejabat Daerah Kecil Pusa, Pejabat Daerah Kecil Roban dan Pejabat Daerah Kecil Kabong. 
Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak menjadi sebuah koloni Empayar Inggeris. Pegawai-pegawai Inggeris telah dihantar ke Sarawak untuk bertugas sebagai Residen dan Pegawai Daerah. Pemimpin tempatan daripada keluarga berada dilantik sebagai Pegawai Bumiputera (Native Officers). 
Selepas Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Kerajaan Negeri Sarawak terus mengekalkan sistem pentabiran Bahagian. 
Setelah itu, Pejabat Residen mengosongkan Kubu Alice dan berpindah ke kawasan bersebelahan di hadapan Kubu Alice. Bagunan lama itu sekarang telah dirobohkan untuk membina Bagunan baru Pejabat Residen.
Setelah itu, Pejabat Residen berpindah ke komplek Kerajaan Negeri di tingkat dua dan tiga pada 1.3.1971. Jabatan-jabatan lain dtempatkan bangunan berkenaan adalah Mahkamah Persekutuan di tingkat bawah dan Perbrndaharaan Negeri di tingkat satu. 
Pada 13.10.1973, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Haji Abdul Rahman Ya’kub menerima satu surat daripada Encik Bong Kee Chok, Director and Commissar of PARAKU (Party Rakyat Kalimantan Utara) untuk menamatkan penentangan pihak komunis PARAKU kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Surat Deklarasi Sri Aman telah ditandatangani pada 21.10.1973 bertempat di Rumah Simanggang. Residen, Sri Aman yang turut hadir semasa upacara berkenaan adalah Tuan Hj. Mohd. Fauzih b. Hj. Abd. Hamid. Untuk memperingatkan peristiwa Sri Aman pada 4.3.1974, Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan 5 Mac adalah cuti umum bagi seluruh Negeri Sarawak. 
Pejabat Residen telah berpindah ke Bangunan Pejabat Residen yang baru siap dibina di hadapan Komplek Kerajaan Negeri pada tahun 1994. Kini, Kubu Alice telah diambil alih oleh Muzium Sarawak dan dijadikan sebagai sebuah muzium mini. 
Walaupun negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia telah menyingkirkan Sistem Residen , Sarawak masih mengekalkan sistem itu dengan sedikit perubahan. Residen sekarang tidak lagi berfungsi sebagai wakil Rajah yang memiliki kuasa dan protokol yang tinggi dalam pentadbiran negeri. Sebahagian besar tugas Residen ialah perancangan, pemantauan dan penyeliaan program-program pembangunan di sesuatu Bahagian. 
Selepas pengisytiharan Betong sebagai Bahagian Betong pada 26.3.2002, Pentadbiran, Bahagian Sri Aman hanya mempunyai dua daerah iaitu Daerah Sri Aman dan Daerah Lubok Antu dan tiga daerah kecil iaitu Daerah Kecil Pantu, Daerah Kecil Lingga dan Daerah Kecil Engkilili. 
Pada hari ini, pentadbiran Bahagian di Sarawak masih mengekalkan kedudukan Residen sebagai Ketua Pegawai Tadbir di peringkat bahagian manakala Pegawai Daerah di peringkat daerah.
 

penentangan di Sarawak -kebangkitan masyarakat terhadap Brooke


cikgu YaTie
3. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran keluarga Brooke
di Sarawak pada abad ke-19.

PENDAHULUAN ( 3 Markah )

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang kaya dengan hasil buminya seperti hasil hutan, hasil laut, dan galian.
Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Brunei tetapi telah diserahkan kepada James Brooke setelah beliau berjaya menghapuskan pemberontakan di Sarawak.
Pembaharuan dan pembangunan yang dilakukan oleh pentadbiran keluarga Brooke telah mendapat tentangan daripada penduduk tempatan.

ISI-ISI ( 20 Markah )

Penentangan terhadap pemerintahan Brooke di Sarawak

Penentangan Rentap

a. Rentap ialah ketua orang Iban yang berpengaruh di kawasan Sungai Saribas. Nama sebenarnya ialah Libau. Beliau menunjukkan kecekalannya dalam menentang kemaraan kuasa British di kawasan orang Iban.
b. Rentap menentang pentadbiran Brooke kerana beliau dianggap sebagai ketua lanun. Brooke juga mahu menghapuskan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Skrang kerana dianggap sebagai lanun. Penentangan juga timbul kerana pemerintahan Brooke telah menghapuskan amalan mengayau atau perburuan kepala.
c. Pada 1849, Brooke telah mengalahkan orang Iban di bawah pimpinan Abang Apong dan Linggir Mali Lebu dalam satu pertempuran di Beting Maru. Brooke kemudiannya mara ke Skrang dan mendirikan kubu di Naga Skrang, iaitu pertemuan antara Sungai Skrang dan Sungai Batang Lupar.
d. Kemaraan Brooke membimbangkan Rentap dan sebagai persediaan beliau membina kubu pertahanan di Sungai Lang iaitu cabang Sungai Skrang. Pada 1851 kubu Rentap telah diserang oleh tentera Brooke.
e. Bagi mengukuhkan kedudukannya Brooke telah mendirikan kubu pertahanan di Kuala Sungai Skrang, Kanowit, Lingga, Sarikei, Betong, Bakung, Lubuk Antu, dan Bintulu. Pembinaan kubu ini telah mengganggu kebebasan orang Iban. Akibatnya mereka meneruskan perjuangan menentang pentadbiran Brooke.
f. Pada 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang dan dapat membunuh seorang pegawai Brooke, iaitu Alan Lee.
g. Pada 1854, Tentera Brooke menyerang kubu Rentap di Sungai Lang. Serangan ini memaksa Rentap berundur ke Bukit Sadok. Rentap terus mengukuhkan kubunya di Bukit Sadok dengan meriam besi yang besar.
h. Tentera Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke telah menyerang dua kali kubu tersebut tetapi gagal untuk mengalahkan Rentap.
i. Pada 1863, James Brooke mengetuai sendiri sepasukan tentera telah menyerang Bukit Sadok sekali lagi, Rentap telah kalah dan melarikan diri ke Sungai Entabai dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Penentangan pelombong Cina

a. James Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina ke Sarawak kerana mereka dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi. Ramai orang Cina telah datang ke Sarawak sama ada untuk berniaga di bandar-bandar atau bekerja di lombong antimoni di kawasan Bau.
b. Namun orang Cina menunjukkan sikap tidak suka menerima arahan daripada pentadbiran British di Kuching. Sikap ini telah mendatangkan masalah kepada pentadbiran Brooke.
c. Orang Cina juga tidak puas hati tehadap pentadbiran Brooke kerana, mengawal kegiatan kongsi gelap, mengawal penyeludupan, dan menyekat perdagangan candu.
d. Pada 1857, orang Cina menyerang kediaman James Brooke, bangunan, dan rumah kediaman kakitangan kerajaan di Kuching sehingga berjaya menawan bandar Kuching.
e. Walau bagaimanapun, James Brooke berjaya menewaskan kumpulan pemberontak ini dengan bantuan anak saudaranya, Charles Brooke bersama-sama sekumpulan orang Melayu dan Dayak. Sejak itu kemasukan orang Cina telah dikawal ketat.

Penentangan Sharif Masahor

a. Tindakan James Brooke meluaskan kawasan pentadbirannya dengan mengambil beberapa daerah di bawah Kesultanan Brunei telah mengancam kedudukan beberapa pemimpin tempatan sehingga membangkitkan penentangan mereka.
b. Sharif Masahor telah dilantik menjadi Gabenor Sarikei di Sungai Rajang oleh Sultan Brunei pada tahun 1849. Beliau amat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang dan Saribas.
c. Beliau menentang pemerintahan Brooke kerana mengambil alih pentadbiran di Sungai Rajang dan mendirikan kubu di Konawit dan diletakkan di bawah jagaan seorang British Henry Steel. Sharif Masahor juga telah dipecat oleh Brooke apabila dituduh campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah yang berada dalam kuasa pentadbiran Brooke.
d. Sharif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur yang dipecat kerana mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk Kuching.
e. Pada 1859, mereka telah menyerang Konawit dan berjaya membunuh pegawai British Charles Fox dan Henry Steele.
f. Pada 1860, merancang menyerang Kuching tetapi diketahui oleh Charles Brooke lalu menyerang pasukan Sharif Masahor menyebabkan beliau melarikan diri ke Mukah dan diberi perlindungan oleh iparnya Pangeran Nipa.
g. Charles Brooke menghadap Sultan Brunei, Sultan Abdul Mukmin bagi mendapatkan kebenaran mengamankan Mukah. Sharif Masahor telah dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.

Penentangan Banting

a. Banting merupakan ketua orang Iban di Ulu Sungai Batang Lupar. Beliau dan pengikut-pengikutnya telah mendirikan rumah panjang di Sungai Batang Lupar. Brooke telah mengarahkan rumah panjang Banting dirobohkan. Banting dan pengikut-pengikutnya terpaksa tinggal di sempadan Sarawak – Kalimantan.
b. Banting telah menjalankan perniagaan tetapi telah dituduh tidak membayar cukai kepada kerajaan Brooke. Beliau telah didakwa dan dikenakan denda $ 7.20 dan barang-barangnya dirampas. Sejak itu beliau memusuhi pentadbiran keluarga Brooke.
c. Pada 1896, Residen Bailey mengarahkan satu pasukan orang Iban menyerang Banting. Pertempuran ini menambahkan kemarahan Banting kerana anak saudaranya terkorban dalam serangan tersebut.
d. Pada 1897, Charles Brooke pergi ke Simanggang untuk berunding dengan Banting tetapi gagal. Apabila Banting menolak rundingan ini berlaku satu lagi pertempuran yang menyebabkan anaknya pula yang terkorban.
e. Charles Brooke meneruskan serangan pada 1897, 1900, 1902, dan 1904. Pada 1907 Banting telah berdamai dengan Charles Brooke.
f. Banting dan pengikut-pengikutnya telah berpindah ke Sungai Delok sehinggalah beliau mati di situ.

KESIMPULAN ( 2 markah )

Pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh pentadbiran keluarga Brooke mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.
Tentangan yang timbul berjaya dihadapi oleh pentadbiran Brooke sehinggalah Sarawak diserahkan kepada British pada tahun 1941.

Pengertian Melayu, Kesultanan Sarawak, Sejarah Abang dan Dayang, Melayu Proto di Niah


Sejarah Sarawak hari ini ingin membicarakan tentang satu bangsa utama yang menduduki bumi Sarawak ini iaitu Melayu. Ada dua fokus utama dalam mengkaji tentang bangsa Melayu ini iaitu, 1) dari mana asal-usulnya, 2) apakah pengertian 'Melayu' itu sendiri.

Sebenarnya kajian tentang sejarah bangsa Melayu ini masih lagi giat berjalan pada hari ini kerana tidak terdapat kitab atau risalah yang menceritakan tentang asal-usul bangsa ini secara khusus. Kita pun sedia maklum penjajahan 'orang luar' terhadap negara kita berlaku sekian lama, iaitu lebih 500 tahun dari tahun 1511-1963.  Semasa penjajahan ini banyak kitab dan khazanah ilmu Nusantara ini (Malaysia & Indonesia) telah dimusnahkan serta dirompak oleh penjajah.  Ada pendapat mengatakan penjajah melakukannya demikian kerana ingin memusnahkan sejarah bangsa kerana sekiranya suatu bangsa itu mengetahui sejarahnya, ia akan membangkitkan semangat perjuangan yang amat bahaya bagi penjajah.

Oleh sebab kekurangan sumber rujukan inilah maka pengkajian terhadap sejarah bangsa Melayu ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Kali ini Sejarah Sarawak ingin berkongsi maklumat yang dipetik daripada seorang pengkaji sejarah Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Srikandi (yang menghasilkan riwayatmelayu.blogspot.com).  Berikut adalah pengertian 'Melayu' mengikut pendapat beliau.

"Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran."

Rabu, 20 Oktober 2010
Lebih kurang 200 tahun sebelum Dinasti Brooke menjadi Rajah Putih di Sarawak, Sarawak asalnya berada di bawah wilayah kawalan Kesultanan Brunei. Tidak banyak yang diketahui bagaimana Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei pada masa tersebut, tetapi berkemungkinan seorang yang setaraf dengan Gabenor pada hari ini diletakkan di kawasan tersebut. Sarawak pada masa lalu tidaklah seluas seperti pada hari ini, tetapi hanya meliputi lebih kurang sekitar wilayah Kuching dan Santubong sahaja.

Apabila Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam , Sultan Brunei ke-sembilan yang memerintah pada tahun 1582 hingga 1598 mangkat, takhta pemerintaha telah jatuh kepada Putera sulungnya yang kemudian bergelar Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil ul-Akbar ibni al-Marhum Sultan Muhammad Hassan. Sultan Abdul Jalilul Akbar mempunyai seorang adinda (adik) bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Tengah.

Menurut sumber lisan, Pengiran Muda Tengah turut berkeinginan untuk menjadi Sultan Brunei. Baginda membantah dengan menyatakan abangnya lahir ketika ayahandanya belum menjadi Putera Mahkota, sedangkan dia lahir ketika Sultan Muhammad Hassan dilantik sebagai Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah berpendapat, baginda lebih layak untuk menjadi Sultan berbanding abangnya. Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah seorang yang bijak. Dia memahami maksud adindanya itu dan cuba memenuhi keinginan adindanya. Jalan penyelesaian untuk Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah dengan melantik Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan di tempat lain. Dengan itu, Pengiran Muda Tengah telah diangkat sebagai Sultan Sarawak, kerana Sarawak ketika itu merupakan salah satu wilayah Brunei.

Menurut Salsilah Raja-Raja Brunei, Pengiran Muda Tengah berkenan menerima perlantikan tersebut dan baginda membuat persiapan untuk pergi ke Sarawak dengan ditemani oleh lebih daripada 1,000 perwira dari kaum Sakai, Kedayan and Pulau Bunut. Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka merupakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu di Sarawak pada hari ini.

Di Sarawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik orang-orang besarnya. Antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa Shahbandar Datu, Datu Amar Setia Di-raja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa. Setelah semuanya selesai, Sultan Tengah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil.

Sekitar tahun 1599, Sultan Tengah melawat Pahang yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada taklukan Kerajaan Johor, untuk melawat Raja Bonda yang merupakan ibu saudara Sultan Tengah yang telah berkahwin dengan Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah ibnu Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah. Semasa tinggal di sana, lama tinggal, Sultan Tengah telah diminta untuk menari. Tetapi semasa menari, saputangan teman tarian baginda hampir memukul wajah baginda. Baginda menjadi sangat marah hingga menyebabkan baginda menampar pasangannya. Insiden ini menyebabkan Sultan Johor menjadi sangat kecewa dan Sultan Tengah disarankan untuk meninggalkan Johor secepat mungkin.

Menurut versi Sejarah Sambas pula, Sultan Tengah terpaksa meninggalkan Johor kerana ia menolak tawaran Raja Bonda untuk mengahwini puteri Sultan Johor yang dikenali sebagai Encik Zohra.

Semasa pelayaran untuk kembali ke Sarawak, kapal Sultan Tengah telah dilanda taufan yang menyebabkannya terkandas di Sukadana (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Sukadana ketika itu diperintah oleh Penambahan Giri Mustika, Sultan Muhammad Saifuddin, yang baru sahaja memeluk Islam dan dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah. Sultan Tengah turut belajar di bawah Syeikh Syamsuddin selama baginda tinggal di sana. Semasa di Sukadana, Sultan Tengah telah berkahwin dengan salah seorang puteri Sukadana iaitu Puteri Surya Kesuma, yang merupakan adinda Sultan Muhammad Saifuddin.
Sultan Tengah tinggal di Sukadana dan meminta izin untuk membantu menyebarkan ajaran Islam di kawasan tersebut. Diputuskan baginda perlu melaksanakannya di Sungai Sambas. Maka pada sekitar tahun 1600, Sultan Tengah meninggalkan Sukadana melalui Sungai Sambas dengan diiringi 40 buah perahu yang lengkap bersenjata. Di Sungai Sambas, mereka mendarat di Kuala Bangun dan Puteri Surya Kesuma kemudiannya melahirkan seorang putera bernama Radin Sulaiman. Dua putera lain kemudian turut lahir. Putera kedua ini dikenali sebagai Pengiran Badaruddin yang kemudiannya bergelar Pengiran Bendahara Seri Maharaja sementara putera ketiga, Pengiran Abdul Wahab kemudiannya bergelar Pengiran Temenggong Jaya Kesuma.

Sultan Tengah akhirnya tiba di Pekan Lama. Di sana, baginda disambut oleh pemerintah Pekan Lama, Ratu Sepudak, yang menyambutnya mengikut adat istidat dan protokol Di-raja. Sultan Tengah mendapati Ratu Sepudak mengizinkannya untuk menyebarkan Islam di sekitar kawasan tersebut meskipun Ratu Sepudak bukan seorang Muslim. Semasa baginda tinggal di sana, putera sulung Sultan Tengah, Radin Sulaiman telah berkahwin dengan puteri Ratu Sepudak bernama Puteri Mas Ayu Bongsu. Pasangan ini mempunyai seorang putera bernama Radin Bima yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Tajuddin.

Ketika Ratu Sepudak mangkat, baginda digantikan oleh Prabu Pengiran Radin Kenchana yang kemudiannya melantik Radin Sulaiman sebagai salah seorang pembesarnya. Dikatakan bahawa Ratu Sepudak mahu menyerahkan takhta kerajaan kepada Sultan Tengah memandangkan baginda mempunyai pengalaman menguruskan negara, tetapi cadangan tersebut telah ditentang oleh keluarga diraja yang lain. Sekitar tahun 1630, Sultan Tengah pergi ke Matan (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Di Matan, baginda berkahwin dengan salah seorang Puteri Matan yang kemudian melahirkan Pengiran Mangku Negara. Pengiran Mangku Negara kemudiannya menjadi Sultan Matan.

Setelah beberapa tahun tinggal di Matan, Sultan Tengah kembali semula ke Sarawak. Setelah kembali ke Sarawak, baginda berhenti di suatu tempat bernama Batu Buaya, di Santubong. Di sanalah baginda dibunuh oleh salah seorang pengikutnya. Ketika berita kematiannya tersebar, Datu Patinggi, Datu Shahbandar, Datu Amar dan Datuk Temenggong datang ke Santubong untuk menyelesaikan upacara pengebumian mengikut tradisi Di raja Brunei. Dikatakan bahawa baginda mangkat pada tahun 1641, sekitar 10 tahun selepas anakanda baginda, Radin Sulaiman menjadi Sultan Muhammad Saifuddin I di Sambas. Sultan Tengah dimakamkan di Santubong, iaitu pada hari ini di Kampung Batu Buaya. Makam yang dibina berpadanan untuk menandakan kubur tersebut merupakan makam seorang Sultan.




Dengan kemangkatan baginda, Kesultanan Sarawak wujud dan berakhir hanya dengan seorang Sultan sahaja. Tetapi gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan di Sarawak masih kekal hingga ke hari ini.

(Dipetik daripada ibnurusydi.blogspot.com )

---------------------------------

Satu persoalan daripada penulis, "kenapa Sultan Tengah dibunuh oleh pengikutnya?"
Isnin, 18 Oktober 2010
Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han dari negara China di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.
Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

(Dipetik daripada Wikipedia)
Ahad, 17 Oktober 2010
Pada 18 September 2008 satu sidang akhbar telah diadakan oleh Pakar Arkeologi USM, Prof. Stephen Chia. Dalam sidang tersebut dijelaskan tentang penemuan tengkorak manusia yang berusia 2000-3000 tahun dahulu.  Sebelum itu telah ditemui juga tengkorak manusia moden yang lebih tua iaitu berusia 40,000 tahun. Ada kemungkinan kedua-dua tengkorak ini mempunyai pertalian. Di bawah adalah kenyataan media daripada Profesor Stephen.

Gambar tengkorak yang dipercayai berusia 2000-3000 tahun
>>>Press Release
For Immediate Release

Latest findings from Prehistoric Cemetery Borneo (Sarawak)

In a press conference held today, Universiti Sains Malaysia archaeologists announced their latest finding from the prehistoric cemetery recently discovered in Sarawak, Malaysia.
 

The research team from the Centre For Archaeological Research Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Penang and the Sarawak Museum Department headed by Associate Professor Stephen Chia and Mr. Ipoi Datan discovered the ancient burial site at Gua Kain Hitam in the Niah-Subis limestone hills in Batu Niah, Miri, Sarawak. This is the area where the oldest human remains in Southeast Asia were found, thus confirming that Borneo was settled much earlier than originally thought.

The research and excavations at this site, funded by Jabatan Warisan Negara in 2007 and the USM Research University Grant in 2008, has so far uncovered more than 8 human skeletons, believed to be from the Neolithic period, dating back 2,000-3,000 years ago. This proves the existence of humans in the area from the Neolithic period and may have some relation to the oldest remains found in another nearby cave (Gua Niah), which is 40 000 years old. The latter was found in the 1950s and confirmed that Borneo was settled earlier than thought (see background text below).

Latest results reveal that the skeletons were found in extended positions together with pottery sherds, shells and animal bones. Preliminary analysis of the skeletons revealed that there are five males and one female, with generally very short stature of heights of between 156cm and 160cm. The age of the four males is estimated to be between 25-45 years old and the female between 35-45 years old.

Research on this ancient cemetery site is still on going and the excavated artifacts such as pottery, ornaments and food remains like shells and animal bones are being analysed at Universiti Sains Malaysia. Research collaboration with a palaeanthropologist from Sapporo Medical University, Hokkaido, Japan is also currently underway in order to extract more information about the burials and the ancient people who lived in the Niah-Subis region 2,000 to 3,000 years ago.
 

This new finding will not only enrich knowledge on the early history of Malaysia and Southeast Asia but it is also expected to attract more local and foreign tourists to visit this new site, which is located in the Niah National Park in Miri, Sarawak.

For more information, please contact

Associate Prof Stephen Chia
Centre For Archaeological Research Malaysia
USM, Penang
Tel: 04-6533888 x4118
Email: stephen@usm.my

-------------------------------------------

Penemuan ini adalah sesuatu yang amat menarik. Kalau dikaitkan dengan satu lagi kajian DNA oleh Dr. Zafarina dari USM, dikatakan bahawa secara genetiknya pola menunjukkan bahawa penduduk Asia Tenggara berasal dari Borneo.  Kalau kita lihat demografi di Borneo hal ini tidaklah mustahil kerana Borneo mempunyai kepelbagaian entik yang amat tinggi.

Adapun penemuan manusia jawa sebelum ini yang dianggarkan 100,000 tahun telah dipertikai kerana dipercayai tengkorak tersebut ialah sejenis beruk yang telah pupus dan bukannya manusia. Berlainan dengan tengkorak di Niah yang berusia 40,000 tahun merupakan tengkorak manusia moden. Jadi asal-usul orang Nusantara daripada Borneo seolah-olah ada benarnya.

Ya, kajian demi kajian perlu diteruskan sebelum memutuskan tentang asal-usul dan sejarah bangsa ini.  Bagi penulis, hati dan minda sentiasa terbuka untuk menerima pelbagai penemuan dan kajian terkini pihak-pihak berwajib.  Kita bukan ingin mendabik dada dan berbangga tentang asal-usul bangsa semata-mata, tapi yang lebih penting daripada itu ialah untuk mengetahui cerita sebenar dan asal-usul sesuatu bangsa.