Penempatan semula kubu
Alice ke Simanggang telah memperkuatkan lagi kedudukan Raja Brooke di kawasan
Batang Lupar kerana ia adalah lokasi yang strategik untuk mengawal pergerakan
dari sungai Skrang dan Batang Ai dan juga dijadikan pusat pentadbiran.
Para pentadbir yang ditempatkan di Kubu Alice terdirilah daripada seorang
pegawai tempatan (Native Officer) yang juga ketua tempatan yang berpengaruh di
samping setia kepada Rajah dan juga anggota separa tentera.
Pada Januari 1873,
Pemerintah Rajah Brooke telah menubuhkan tiga Residensi:
1. Residensi Pertama-Bahagian
Kuching
2. Residensi Kedua-Bahagian
Sri Aman
3. Residensi Ketiga-Bahagian
Sibu
Residensi keduatelah
ditempatkan di Kubu Alice sebagai pejabatnya. Penubuhan Kubu dan Pemerintahan
di Simanggang amatlah berkesan untuk menamatkan pemberontakan di kawasan Batang
Lupar. Sehubungan dengan itu dua Perjanjian Damai Dayak yang bersejarah telah
pun diadakan pada 4 Ogos 1920 dan juga pada 1 Februari 1924.
Dua alat
perisai itu adalah simbol kepada sejarah perjuangan panglima agung kaum Iban
iaitu Rentap.
Dinaik
taraf sebagai Bahagian pada 26 Mac 2002, bandar Betong dipilih sebagai pusat
pentadbiran Bahagian. Nama Bahagian Betong telah dipilih mengikut nama bandar
pusat pentadbiran itu.
Kawasan
pentadbiran bahagian baru itu merangkumi daerah Saratok dan daerah Betong yang
diperluaskan sehingga ke daerah Kecil Maludam, yang dahulunya berada di bawah
pentadbiran daerah Sri Aman.
Betong
sebuah penempatan yang penting dari segi sejarah negeri Sarawak kerana terdapat
banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.
Tempat
dan bangunan bersejarah seperti kubu masih dapat dilihat hingga ke hari ini dan
ada yang masih digunakan.
Bukit
Sadok, yang terkenal dengan peristiwa Pertempuran Bukit Sadok, pernah menyaksikan
tiga pertempuran besar di antara Pemerintahan Rajah Brooke dengan Panglima
Rentap yang mendapat gelaran Raja Pendalaman pada tahun 1857 hingga tahun 1861.
No comments:
Post a Comment