Tuesday 10 July 2012

Latar Belakang Sarawak


 Latar Belakang
·         Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.
·         Penemuan dan peninggalan sejarah di Gua Niah seperti tembikar, alat perkakas yang diperbuat daripada batu, serta lukisan pada dinding dua mcmbuktikan Sarawak sebagai negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
·         Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15 yang membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan yang ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.
·         Contohnya, Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap dan Sungai Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

 Masyarakat Sarawak
·         Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup, dan budaya yang berbeza.
·         Penempatan di persisiran pantai terdiri daripada orang Melayu dan Melanau.
·         Penempatan di lembah sungai terdiri daripada orang Iban, Bidayuh dan Kenyah.
·         Penempatan di pedalaman terdiri daripada orang Kelabit, Penan, dan Murut.
·         Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan masyarakat Sarawak kurang berhubung dengan orang luar dan, membentuk identiti kebudayaan tersendiri mengikut persekitarannya.

 Kegiatan Sosiobudaya

1. Pendidikan
·      Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan dan kepercayaan turun-temurun seperti cara berburu dan memungut hasil hutan.
·      Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama bagi kumpulan etnik beragama, Islam.

2. Peraturan dan adat resam
·      Masyarakat beragama Islam mengamalkan cara hidup berasaskan ajaran Islam.
·      Masyarakat bukan Islam pula berasaskan hidup yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang.
·      Tuai rumah ialah orang yang menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya. Beliau menyelesaikan masalah seperti perkahwinan, peraturan, penceraian, dan perayaan.
·      Orang Iban mewarisi tajau yang berfungsi sebagai harta simpanan.
·      Orang Kayan, Kelabit, dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang timah atau tembaga sehingga cuping menjadi labuh.
·      Orang Melayu Sarawak mengamalkan adat resam berasaskan agama Islam.

3. Kebudayaan
·      Orang Melanau merayakan perayaan Kaul untuk menjamu Ipok yang mengawal laut.
·      Orang Iban merayakan perayaan Gawai dan menarikan Tarian Ngajat.
·      Orang Melayu Sarawak mempunyai tradisi yang dipanggil bergendang. Ia meliputi muzik, nyanyian, pantun, dan tarian.

4. Alat muzik
·      Gendang, suling, sape, dan engkerurai.

5. Agama dan kepercayaan
·      Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan, dan Bisaya percaya kepada animisme.
·      Orang Melanau bukan Islam percaya kepada makhluk ghaib bernama Ipok.
·      Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad kerana hidup berpindah-randah dan dilarang menetap secara kekal.
·      Orang Iban menyemak kawasan yang hendak didirikan rumah dan percaya petanda daripada bunyi burung beragai dan burung ketupung.

 Kegiatan Ekonomi
1. Sara diri
·      Mereka menanam padi huma, dan padi bukit, menjadi nelayan, memungut hasil hutan, dan berniaga secara kecil-kecilan.
·      Ekonomi sara diri yang utama ialah berburu dan memungut hasil hutan.

2. Pertanian
·      Pertanian utama ialah padi huma, padi sawah, lada hitam, dan sagu.
·      Orang Iban, Bidayuh, dan orang Ulu menanam padi huma.
·      Orang Kelabit menanam padi sawah dan terkenal dengan pengeluaran beras Bario.
·      Orang Melanau mengusahakan perusahaan sagu.
·      Orang Kedayan dan Murut menanam lada hitam.

3. Perlombongan
·      Antimoni dan emas diusahakan oleh orang Bidayuh.
·      Orang Cina mengusahakan perlombongan emas di Bau, Bidi, dan Paku.

4. Perdagangan
·      Sarawak pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan Melaka.
·      Sarawak dikunjungi oleh pedagang dari China, Arab, India, dan Kepulauan Melayu.
·      Hasil dari Sarawak ialah lada hitam, halia, kapur barus, emas, permata, ikan, dan sarang burung.
·      Barang dari luar yang dibawa ke Sarawak ialah tembikar, sutera, barang logam, kain, dan barang perhiasan.

13 comments:

  1. Thanks for this UWU As someone doing a last-minute folio I assume most of my classmates already visited this page, and I might get called out for 'cheating' (it's not cheating lol we're all just using the same web page)

    ReplyDelete
  2. ty for this
    im doing my sejarah kerja kursus

    ReplyDelete
  3. Thank you very much because help me doing Kerja kursus sejarah😁

    ReplyDelete
  4. Terima kasih,saya telah merujuk blog ini.

    ReplyDelete
  5. it's help me alote to do mya sejarah folio tq💕🙈

    ReplyDelete